Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

CERITA SEORANG PENJUAL MIMPI

0 comments

Sehari dua ni ramai kawan-kawan datang jumpa saya di KL Sentral. Ada yang belum berjumpa, tapi mereka kenal melalui blog, buku serta album-album saya. Terimakasih kerana berkongsi cerita dan pandangan dan Terimakasih atas sokongan!

Banyak perkara dan hal yang boleh kita bualkan sebenarnya, tapi biasanya saya agak berhati-hati, kita hanya mahu tahu di mana duduknya tahap kita dalam mengenal. Untuk saya cerita tentang permukaan atau pun dasar, boleh saja…Lemas, ya itu perlu sebenarnya selagi yang kita bawa hanya jasad semata tanpa bersalut emas atau pun permata…biasanya jika yang kita bekalkan hanya telus dan tulus, kita akan timbul kembali ke permukaan untuk kembali menghirup udara yang segar.

Kalau kita letakkan apa yang hak itu di akal yang terbatas, biasanya otak kita akan jam, dan kalau itu yang berlaku, akan putuslah perhubungan kita dengan makna keseimbangan selama di sini.

Kita perlu terjun ke dasarNya untuk kita melihat dan merasa apa yang real apa yang surreal. Itulah namanya hakikat hidup.
Kita melalui hidup melalui watak dan keperluan kita di dunia ini. Kita menghadapi pelbagai cerita gembira dan sedih dan kita

berbangga kerana kita amat memahami mengapa kita dikurniakan segala rahmat suka dan duka ini. Pening itu biasa, sedih itu pun biasa.

Untuk segala proses dan perjalanan, kehidupan yang statik adalah tepu tanpa cerita suka dan duka. Mana ada filem yang bercerita tentang hal-hal yang gumbira dari awal babak sampai ke akhir. Cerita hindustan pun walaupun happy ending, di awal atau pertengahan memang ada masalah yang datang. Itu sebab diwujudkan watak hero dan crook.

Babak sedih atau sadis akan lebih diingati berbanding babak gumbira.

Saya kenal ramai rakan terutama di kalangan mereka yang faham makna hidup, mereka ini lebih relaks dan rasional. Kita boleh bezakan yang mana rasional dan yang mana provok. Kiri dan kanan saling berganding untuk menghasilkan keseimbangan. Kita berjalan, tangan kiri kita hayun ke depan dan tangan kanan ke belakang, begitulah seterusnya. Kalau dua-dua tangan ke depan, hanya dua saja sebabnya. Samada kita kurang waras atau kita terlebih waras, sebab ia akan menghasilkan nilai yang tidak seimbang antara ke duanya.

Saya salut sebenarnya pada kawan-kawan kita yang sudah berumur 60an tapi masih steady dan enjoy dalam menghadapi kehidupan.

Untuk mendapatkan bahagia, kita perlu lepaskan semua persoalan di angin lalu…ini hanyalah pentas untuk kita berlakon. Skrip takdir sudah tersedia, kita hanya perlu melengkapkan cerita.

Bagus untuk kita percaya waktu ini, atau jika tidak tunggu bila kita di hujung jalan, kita akan mengakuinya…di mana waktu itu kita memang sebatang kara, anak dan cucu pun kita tak boleh bezakan, makan pun tak ada rasa dan selera, kudrat sudah diambil 80%. Yang ada hanyalah saki baki semangat, yang itu akan hidup dan kembali…nafsu dan daya semakin berkurang, itu bukanlah kemahuan kita tapi itu adalah ketetapan yang sudah tersurat…

Berjalanlah selagi mampu, ketawalah selagi kita boleh membezakan yang mana jenaka dan yang mana serius. Menangislah jika kita ditimpa cerita yang sedih…Memang itu fitrahNya dan kita lah pelengkapnya…

Hey mister dream seller
Where have you been.
Tell me have you dreams I can see?
I came along, just to bring you this song,
Can you spare one dream for me?

You wont have met me,
And you’ll soon forget.
So don’t mind me tugging at your sleeve.
I’m asking you,
If I can fix a rendezvous,
For your dreams are all I believe.

[Chorus]
Meet me on the corner,
When the lights are coming on,
And I’ll be there.
I promise I’ll be there.
Down the empty streets,
We’ll disappear into the dawn,
If you have dreams enough to share.

Lay down your bundles,
Of rags and reminders,
And spread your wears on the ground.
Well I’ve got time,
If you’re dealing mine,
I’m just hanging around.

[Chorus]

Hey mister dream seller,
Where have you been.
Tell me have you dreams I can see?
I came along, just to bring you this song,
Can you spare one dream for me?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.