Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

cerita tentang manusia dan cintanya..

7 comments

Itu hari gua busking di KL Sentral..busking..dan busking,show pun tak banyak la ni..jadi gua busking..kalau tak ada apa program hari-hari gua akan busking,jadi hari tu gua busking ada sorang mamat dok berdiri dekat tempat gua busking..lama dia berdiri,gelisah,resah dan tak keruan je..jadi lama-lam gua tengok dia macam tu,gua pun tegur la…gua tanya”bro,tunggu siapa?..dia cakap…”tunggu kawan”..gua tanya..ada phone number ka?dia cakap..”ada”…gua cakap ”call la dia”..haha…
lepas tu dia cakap..dia tak pernah jumpa budak tu..baru nak kenal…”ohh…ini tunggu awek la ni”..hahaha..ok gua faham..

Budak ni..dia tengah mabuk kepayang…dia pun tak tau budak pompuan tu syok kat dia ke tak..yang dia tahu,hari-hari dia akan tunggu kat komuter KL Sentral sampai senja..dia tau budak tu balik kerja dari subang jaya pukul 4.45 ptg..kenapa dia tunggu jugak kat KLSentral walaupun budak tu dah balik atau pegi ke tempat lain..?

gua tanya dia lagi..”lu tau opis dia kat mana?”..dia cakap..”tau,dah pegi tadi”..tapi segan nak jumpa kot..

lepas tu dia cakap..”tak apa,kena usaha lebih sikit la”..

gua cakap..hahaha..ok,gua tak boleh cakap apa”..

Angau ni macam tu la..dulu gua pun gitu jugak…masa belum kawin,dok ngorat bini,dia kerja kat Just Jeans,central market..hari-hari mesti mau tengok muka dia,1 minit pun cukup..padahal gua tinggal kat taman ehsan,tempat recording kat luncai emas,bayangkan dari sungai buloh naik bas boleh terus ke kl..ke central market..kadang-kadang dia pun tak ada,dapat tengok kedai pun cukup la..central market tutup pukul 10,pukul 9.45 gua sampai..kedai dah nak tutup..hahaha..lepas tu pukul 10 balik ke taman ehsan,tak ke kerja bodoh tu?padahal kalau tengok muka pun bukannya nak bercakap ke apa ke..just tengok je…

memang cinta/angau ni boleh bikin kita jadi gila…gila bayang…dia macam drug…bayang kan budak tadi yang gua cerita..dia sanggup tunggu 3 jam berdiri..hahaha..padahal dia tau awek tu dah balik..dia dapat lalu ditempat budak tu lalu pun dah puas hati..hahaha..

cinta memang boleh bikin kita jadi bengong…dulu member gua..dia ni rugged,kepala batu,memang tak ingat..bangun tido pun pukul 3 petang..tapi cinta punya pasal..pukul 6 pagi dia boleh jumpa awek dia…..hahaha..

cinta yang bagus sebenarnya adalah rasional..kalau emosional memang gitu..

macam budak tu yang kat kl sentral tu tadi..nanti bila dia dah dapat awek tu,kalau jauh lagi dia akan make love dengan budak tu..lepas tu baru datang rasional..sebab kita ni hidup banyak berelandaskan nafsu..
hahaha..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

    Gunakan seluruh pancaindera

    Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

    Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

    Bersahaja
    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

    Senang bersama
    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

    Terima kita seadanya
    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

    Sentiasa jujur
    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
    hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

    Percaya Mempercayai
    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

    Senang Bekerjasama
    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
    yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
    dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
    remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

    Memahami diri kita
    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
    kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
    Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
    berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
    dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

    Tampilkan kelemahan
    Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
    Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

    Kata hati
    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
    dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
    juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

    Mimpi
    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
    pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

    Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

  2. thesoofi says:

    artikel yg menarik drs

  3. bro….wa banyak suka ini entri…..angau ni boleh bikin sasau

  4. drs:tq untuk info..

  5. hahaha
    gua angau kali pertama masa darjah 6
    pi curi2 ambik tuala mandi dia, gua peluk n cium, bodoh haha
    lepas tu letak balik
    selepas hari tu gua x pernah lagi tengok dia pakai tuala tu haha
    memang angau ni cerita menjelaskan kebodohan….
    tak jadi bini gua pun…….
    gua kahwin umur 30

    bro meor, ada lagi cerita angau lain? mesti ada punya haha

  6. senawi:ha ha ha..memang angau itu macam bro..memang bila kita ingat memang lawak..itu yg hardcore tu gua percaya dia boleh belah dada dgn belati mau kasi tengok betul atau tak cinta dia..kalau awek dia suruh buat macam tu..bak kata gombloh..taik kucing pun rasa coklat..hahahah

  7. he he cinta tu mampu buat gunung jadi busut kih3

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.