Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ceritalah lagi…

0 comments

1- Emak saya suka bercerita pada anak-anaknya sewaktu kami kecil dulu. Ceritanya lebih kepada dongeng tapi masih melekat di ingatan saya sehingga ke hari ini.

Mungkin sebab saya gunting rambut anak saya tadi di kedai gunting rambut, buat saya teringat cerita mak saya itu

Ceritanya tentang seorang bapa dan anaknya. Si bapa mahu menggunting rambut anaknya di kedai gunting rambut. Malangnya pada hari itu hari ahad, kedai gunting rambut tutup. Mereka tinggal di kawasan perkambungan. Jadi si bapa berpesan kepada anaknya, ” ayah akan bawa kamu ke kedai gunting. Tapi ada syaratnya, kalau dalam perjalanan ada kamu nampak apa-apa, jangan tegur, faham?”

Si anak menganggukkan kepala bersetuju. Maka berbasikallah si bapa membawa si anaknya yang duduk di belakang bapaknya. Mereka melalui jalan dalam kawasan kebun getah yang menghala ke hutan. Si anak semakin suspen kerana bapanya kata mahu ke kedai gunting rambut, tapi dia takut untuk bertanya. Tiba-tiba dalam perjalan si anak terlihat satu batang tubuh yang bukan manusia, tak tau makhluk apa. Maka tanpa dia sedar dalam ketakutan dia pun bertanya pada bapanya,” apa tu ayah?”

Tiba-tiba makhluk itu bersuara dengan suara yang garau dan garang.

Katanya,” akulah Ganggo Mino”, tempiknya sambil ketawa…ha ha ha

Jadi cerita mak saya ni sampai di situ saja. ha ha ha, saya pun tak tau apa motif cerita tersebut tapi cara mak saya bercerita memang menarik walau dah berulang ulang kali bercerita tentang cerita ‘ Ganggo Mino’ tersebut.

Kita waktu itu tinggal di kampung, belakang rumah hutan banat. Lampu letrik belum ada lagi waktu itu, jadi dengan suasana yang malap-malap terang pelita, memang saya rasa seramlah.ha ha ha

2- Hari ini perjalanan hidup macam biasa, Jadi saya pun tak ada apa nak cerita atau komplen itu ini, otak pun letih. Anak bini sudah tidur ..perut pulak meragam, mungkin saya akan masuk toilet kejap lagi.

3- Berak dan kencing adalah nikmat yang paling tinggi bagi kita umat manusia, jadi kita wajib menghargainya. Bayangkan kalau kita tak boleh berak atau kencing…ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.