Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

CURI DAN MEREKA YANG GELANDANGAN

0 comments

Baru-baru ini beg saya yang mengandungi stok-stok buku STJ dan SYH serta beberapa buah buku keluaran Merpati Jingga telah dicuri orang. Saya pun tak tahu siapa yang mencurinya, mungkin pencuri itu fikir dalam beg saya itu ada wang.

Beg itu biasanya saya akan letakkan bersebelahan amplifier tempat saya busking.

Pun di KL Sentral setiap hari berlaku kes kecurian seperti ragut dan sebagainya. Banyak juga handphone yang berjenama dicuri di sekitar bangunan tersebut termasuklah di dalam surau wanita.

Sebelum ini kasut buruk saya yang saya letak diluar rumah pun habis dikebas juga. Bukannya ada value pun. Begitu juga dengan buku-buku saya.

Buku-buku saya bukannya punya nilai komersial seperti novel-novel Ramlee Awang Murshid contohnya.

Jika mereka mengambilnya bukan senang untuk dijualpun, paling tinggi mungkin pencuri itu akan membuang ke dalam tong sampah.

Apapun saya halalkan perbuatan mereka itu.

Hari ini ramai anak-anak muda yang menganggur terutamanya orang kita juga. Mereka bukannya nak kerja di pam minyak, Seven Eleven mahupun menjadi cleaner di mana-mana bangunan atau shopping complex. Ada di antara mereka mencari jalan mudah dengan mencuri. Mereka mencari jalan mudah untuk hidup senang. Pun tidaklah senang-senang juga.

Kita sibuk untuk membantu mangsa di Gaza dengan mengutip dana demi dana dalam bentuk ringgit dan sebagainya untuk dihantar ke sana. Pun bagi saya itu sudah menjadi trend di mana tujuan dan perbuatan baik itu kadang-kadang boleh dimanipulasi juga.

Biasanya itulah yang berlaku kerana atas alasan agama, segalanya mudah lolos masuk ke dalam ruang simpati dan hasilnya tetap berapa untung dan berapa ruginya. Hari ini semua kita berniaga dalam berbagai bentuk dan gaya, tidak kira apa pun asal ada untung.

Semalam sewaktu saya di Melaka sekumpulan anak-anak muda dengan berlilit selendang Gaza datang meminta donation untuk Gaza.

Saya katakan saya lebih suka jika mereka membantu golongan gelandangan yang tak punya rumah mahupun orang-orang miskin di
negara kita ini.

Jika kita datang berceramah tentang Gaza dan kejamnya Israel di hadapan sekumpulan orang miskin yang gelandangan, apa yang ada di dalam fikiran mereka ketika itu ?

Di KL Sentral saja jika kita lalu di luar bangunan itu sekitar pukul 12 ke atas kita akan lihat ramai golongan merempat dari berbagai bangsa yang tidur nyenyak bertilamkan kotak-kotak saja. Bantulah golongan ini.

Atau selepas jam 12 malam memandulah di sekitar kota dan lihatlah betapa ramainya orang susah di sana sini yang tak punya rumah untuk tidur.

Di Kuala Lumpur sewa rumah semakin mahal. Kos sara hidup semakin tinggi. Pendapatan masih di takuk lama. Rumah orang-orang kaya di bukit sana walau runtuh meranapkan harta benda, pun apa yang mereka ini hairankan sangat tentang kehilangan rumah terutamanya bagi golongan orang politik yang mana dengan ringgit yang melimpah ruah, apalah sangat nilai sebuah banglow yang berharga jutaan ringgit itu?

Pun begitu segala bukit selagi ada ruang habis di tarah oleh para pemaju yang rakus, yang hanya fikir duit, duit dan duit..boleh bawak ke mati ke ?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.