Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

D.I.Y..KEMANA ARAHNYA?

0 comments

Saya selalunya, bahkan selamanya akan terus bersetuju dengan konsep D.I.Y(Do it Yourself). Saya suka jika kita berdikari dalam menghasilkan sesuatu yang kita mahu lakukan, khususnya dalam bidang muzik. Cuma yang paling penting yang perlu kita ada adalah sokongan, dari kawan-kawan terutamanya. Dunia indie kita sangat kecil sebenarnya, kita tidak seperti negara jiran kita Indonesia yang punya jumlah penduduk yang sangat ramai ditambah dengan kualiti ilmu pengetahuan yang meluas tentang sastera dan muzik yang mereka miliki. Di sini kita punya selera pendengar yang sangat terhad, dan majoritinya masih dalam lingkaran AF dan kegemilangan mimpi budak kampung yang bercita-cita menjadi artis terkenal.

Dunia mainstream adalah sebahagian dari cabang golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan. Kapitalis ni dia tanya satu je, boleh jual ke tak sesuatu produk itu. Dia takkan tanya dari sudut artistik atau falsafah yang berbelit-belit. Semuanya mereka kaut. Kurt Cobain muncul dengan imej selekeh, pun jika itu sudah menjadi fesyen akhirnya pun mereka ambil asal boleh mendatangkan keuntungan.

Jadi jika kita mahu teruskan konsep D.I.Y, kita perlu bersaing dengan syarikat-syarikat rakaman besar. Memang payah sebenarnya kerana semuanya mereka kawal, dari segi media mahupun segala channel komersial yang ada. Yang kita ada hanya sokongan kawan-kawan ataupun Facebook sebagai cabang alternatif yang paling berkesan hari ini.

Penyakit saya ni saya tidak suka dikongkong dari segi kebebasan tentang apa yang saya mahu jadi dan apa yang saya mahu buat. Seniman perlu ada ruang bebas dalam diri mereka. Kita bukan untuk diprogramkan untuk menjadi begini atau begitu. Sepatutnya begitulah.

Tapi kalau tidak ada sokongan payahlah. Ha ha ha..

Hari ini dunia IT semakin menjadi pilihan terutama kepada golongan muda khususnya. Album dijual hanya untuk tujuan promosi. Jualan album pun satu hal juga. Kos untuk setiap CD yang dihasilkan hanya rm 3. Bila sampai ke kedai kaset harganya menjadi rm 30. Harga yang sesuai dalam lingkungan rm 20-rm25. Itupun hanya terdapat 6-7 lagu sahaja. Macamana album nak laku? Ini bukan di tahun-tahun lapan puluhan dulu.

Seperkara lagi adalah tentang ilmu pengetahuan kita tentang muzik dan alirannya. Selain irama pop atau rock kapak(slow rock) kita tidak punya pilihan lain sebenarnya. Buatlah apa saja genre, memang tak akan laku. Lagu jika tidak ada lirik cinta, memang payahlah. Adalah Ramli Sarip dengan lagu-lagu ketuhanan yang memuja Tuhan dan alam, itu sebab imejnya yang sesuai untuk konsep yang sebegitu walau saya tidak melihat Ramli sebagai Folk Artis melainkan seorang penghibur Rock walaupun beliau menyanyi sambil bermain gitar tong. Saya suka Sweet Charity. Sebabnya roots beliau bagi saya adalah Rock. Kalau M.Nasir dan Kembara itu Folk artis sebab rootsnya di situ.

Kitapun tidak diberi banyak pilihan sebenarnya oleh pihak yang berwajib. Kita tidak didedahkan dengan muzik yang variasi sifatnya. Kalau di barat, lagu-lagu Cat Steven itu dianggap pop walau genrenya folk. Dia bercerita tentang perjalanan jiwa dan masyarakat menghargainya, itulah bezanya dengna kita di sini.

Di sini kita suka pada Maher Zain yang bagi saya level lagu-lagu dan liriknyanya hanya di tahap budak sekolah menengah form 3 sahaja. Dengan konsep rugged yang tak rugged, yang itu yang kita suka dan hargai sebab lagu-lagunya ada meyebut nama Allah. Apa boleh boleh, hanya setakat itu tahap pendengaran kita. He he

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.