Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

DATUK YAHYA SULONG (AL-FATIHAH )

0 comments

Saya suka lawak Yahya Sulong(Datuk). Beliau memang dilahirkan ke dunia sebagai pelawak walaupun punya bakat hebat sebagai pemuzik.

Lawak Yahya Sulong adalah lawak orang lama. Geng-gengnya itulah Badul, R.Jaafar antaranya. Lawak jenis mereka ni memang kelakar dan ada trademark walau setengah orang kata lawak bodoh. Ye la, main ketuk kepala dan nampak macam kasar kadang-kadang, tapi bagi saya cara orang melawak memang begitu kadang-kadang.

Sewaktu bekerja di Yamaha Music dulu, saya sempat berbual dengan Yahya Sulong. Beliau seorang pemain dram yang sangat berbakat. Waktu itu beliau praktis dengan geng-gengnya orang-orang lama yang kebanyakannya dari RTM. Kata Yahya Sulong, dalam muzik dia cuma main jazz saja dan line-upnya memang otai belaka.

Saya sempat tengok mereka praktis, gaya orang lama..memang hebat dan menarik.

Yahya Sulong juga telah dianugerahkan gelaran Datuk atas pencapaiannya dalam industri seni hiburan tanahair. Biasanya Datuk-Datuk ni kita selalu ingat mereka orang kaya dan banyak duit tapi berbeza dengan Datuk Yahya Sulong.

Beliau dan keluarganya masih tinggal di flat Sentul dan sepatutnya bagi saya kalau kita nak naikkan taraf darjat dan pangkat seseorang itu, kita kena bantulah mereka dari segi financial dan sebagainya. Sekurang-kurangnya gelaran itu tidaklah membawa beban pada sipemakainya.

Saya suka jika Yahya Sulong dapat hidup selesa dengan kerja melawak seperti Johan dan Zizan yang bijak menggunakan masa dan ketika di saat sedang laku. Tapi itulah, cerita takdir dan karma ni bukanlah kita boleh jangka pun..

Gelaran-gelaran dan pangkat ni kadang-kadang bawak masalah juga. Bukannya best sangat pun…

Apapun, takziah untuk keluarga Yahya Sulong atas pemergian arwah ke rahmatullah pada 6hb feb 2013 dalam usia 85 tahun.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.