Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

DRUR in the making…dah 70%

3 comments

Aku agak sibuk nak menyiapkan album baru ni..Dan inilah album aku yang terbaik rasanya dari segi bunyi,melodi,lirik,kualiti rakaman..Dari segi sound,aku suka..Sebenarnya semua susunan muzik aku yang bikin,tapi dibantu oleh Mokhtar yang juga tuan punya studio..Dia banyak membantu dari segi idea..Untuk lagu Shuhada memali kita masukkan Cello dan violin..yang dimainkan oleh saudara Shafiq..Bunyi dan moodnya sangat membantu..pun lagu Awas api perempuan ini,ada cello juga..penyampaian vocal Mei Chern pun bagus..Membenarkan kebodohan oleh Abdullah Jones pun menarik..Ada macam style The Police masa album-album awal diorang..raw dan upbeat..ada reggae elemen..Sebab sebelum aku bikin lagu ni dulu,aku tanya Dollah,lu nak style macamana?Dia cakap lu bikin Upbeat..ha ha ha..Semua sound dram dimainkan oleh ex drummer aku masa dengan group Society dulu..Che Mat atau Ahmad Zahir..Nasib baik dia boleh berkolobrate untuk album ni..Che Mat ni aku sangat suka dari segi permainannya..Sebab dulu dah dia main style-style Stewart Copperland,Drummer The Police dulu.Dan untuk Bass,pun member aku Kunjai..dia ni memang proffesional..melekat-lekat..style banyak macam legenda Bass,Jaco pasturias..ha ha ha..
Apapun semuanya ok..Kita tunggu sama-sama…

Aku jumpa member baik,Im di opis dia semalam..Im ni penting dalam perkembangan seni dan karier muzik aku,sebab dia terlibat dalam beberapa album..terutamanya album itu padang …aku disitu..dari segi cover dan design..Idea dia bagus..Jadi untuk album DRUR aku plan nak kasi dia bikin la.Aku ada plan untuk buat compilation dan ada juga plan untuk buat baik album pertama dan kedua yang kualitinya agak kurang baik..Tapi member aku si Im ni cakap..”hang tak akan dapat moment tu balik..walau pun hang buat 18 kali..itu moment yang real..hehe..Ya bila aku fikir balik,betul juga…Bagus sebab bila kita berkarya atas dasar kecintaan,ianya akan lebih bermakna..Aku punya falsafah sangat mudah untuk difaham..Buat apa yang boleh buat kita rasa bahagia..Walau tak kaya,aku bahagia..Dan yang paling penting,dari dulu sampai la ni..Aku masih berjalan dilorong yang sama..tak ada nak berubah haluan pun..Sebab disitu letak bahagianya..walaupun bersemak,ada duri..aku redah je..ha ha ha..Pun masih hidup lagi dan masih berkarya..Itu tandanya Tuhan sukalah..hehe…

Kita perlu bersemangat…itu yang paling penting..Sebab semangat itu Roh..Roh itu kita..kita itu Dia,,walaupun Dia bukan kita..kita adalah sebahagian dari ceritanya..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. wahhhh

    30 peratus je lagi yg tinggal…

    dan gua suka ayat ni

    “Kita perlu bersemangat…itu yang paling penting..Sebab semangat itu Roh..Roh itu kita..kita itu Dia,,walaupun Dia bukan kita..kita adalah sebahagian dari ceritanya..”

  2. ya,past is past..yang dulu dah jadi sejarah.dia dah jadi manis. kita teruskan yang baru akan datang..
    jalan masih panjang, (kalau umur kita panjang dan sihat, kita gerak lagi)
    aku tak sabar tunggu launch DRUR! Gua mahu dengar lu punya speech, bukan nyanyianlu masa tu hahahaha!!

  3. Yop!!!! baravo..tak sabar gua..ha..ha.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.