Notes:
DUIT dan Masaalah
Semua orang perlukan duit kecuali orang gila atau eccentric yang tiada keinginannya terhadap dunia dan ringgit. Selainnya selagi masih ada keinginan dan kepentingan, kita semua perlukan duit. Tak ada duit memang masaalah, tapi kalau ada duit pun masaalah juga sebenarnya.
Duit dan masaalah itu perlu seiring dalam hidup kita. Kita hidup di dunia ini
untuk menangani dan berdepan dengan masaalah. Kalau tak ada masaalah lebih baik jangan jadi manusia. Jadi saja malaikat bak kata penyanyi Indon Doel Sumbang.
Masaalah orang tak ada duit macamana nak cari duit untuk survival dan bayar hutang. Masaalah orang banyak duit macamana nak banyakkan lagi duit. Duit segunung intan pun tak cukup. Semua elemen akan mendekat dan mahu berkawan dengan kita seperti tamak, riak, kedekut, prasangka dan banyak lagilah. Maka gunakanlah duit itu di jalan yang benar dan diredha Allah.
Kawan-kawan saya banyak yang survival. Mereka tidak kaya sebab mereka bukannya bertuhankan duit. Duit cuma keperluan sementara kita masih di sini. Ada juga yang kaya dan sukses pun mereka orang yang baik dan faham erti kemanusiaan. Saya pun tidak iri hati atas kejayaan hidup kawan-kawan yang berjaya. Itu bahagian mereka. Saya pun tidaklah menyusahkan kawan-kawan sangat..sikit-sikit adalah..ha ha ha..
Itu mengingatkan pada musim-musim saya jadi full time ‘busker’ pada period 2004-2005 dulu. Ada suatu hari itu memang mendung. Dalaman mahupun luaran. Hari hujan tak dapat nak busking. Orang rumah tanya berapa dapat hari ini? Saya pening kepala. Jadi saya jumpa kawan-kawan mintak bantuan sorang rm 5 dalam 5 orang, saya pun balik. Ha ha ha. Tapi bukanlah hari-hari, kalau hari-hari kawan pun menyampah.
Apa pun pengalaman menjadi busker sangat berguna dan berharga untuk saya dan saya berbangga pada diri saya sendiri kerana saya busking untuk sara anak bini. Thats it.
Kita hidup di dunia ini masing-masing punya bahagian dan cerita.
Tapi sesuatu yang sangat pasti, tak ada duit memang akan buat kepala kita pening dan akan buat kita berfikir macamana nak cari duit..ha ha ha
Lirik Lagu ” Besar dan Kecil “
Artis ” Iwan Fals “
Kau Seperti Bus Kota Atau Truk Gandengan
Mentang-mentang Paling Besar Klakson Sembarangan
aku Seperti Bemo Atau Sandal Japit
Tubuhku Kecil Mungil Biasa Terjepit
Pada Siapa ku Mengadu
Pada Siapa ku Bertanya
Kau Seperti Buaya Atau Dinosaurus
Mentang-mentang Menakutkan Makan Sembarangan
aku Seperti Cicak Atau Kadal Buntung
Tubuhku Kecil Mrengil Sulit Dapat Untung
Pada Siapa ku Mengadu
Pada Siapa ku Bertanya
Mengapa Besar Selalu Menang
Bebas Berbuat Sewenang-wenang
Mengapa Kecil Selalu Tersingkir
Harus Mengalah Dan Menyingkir
Apa BeDanya Besar Dan Kecil
Semua itu Hanya Sebutan
Ya Walau Di Dalam Kehidupan
Kenyataannya Harus Ada Besar Dan Kecil














