Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ebiet..legend series 3

1 comment

Ebiet..Semua orang atau pendengar musik kebanyakannya suka lagu-lagu Ebiet.Aku pun tidaklah dapat menafikan Ebiet,sebabnya lagu-lagu Ebiet membuka ruang untuk aku jadi lebih faham tentang apa itu hidup,manusia,alam dan Tuhan dalam konteks keindahan.1980..abang aku balik dari Indonesia,dibelinya album-album Ebiet Camellia 1,2,3 dan 4..Masa tu diMalaysia pendengar lagu-lagu Ebiet tak ramai mungkin.Ebiet ni pada aku seorang yang baik.Lagu-lagunya menyuruh kita berbuat baik antara sesama kita,alam mahupun Tuhan.Jadi bila brader aku bawak lagu-lagu Ebiet,aku jadi terkejut dan mula pasang angan nak jadi macam Ebiet..sampaikan buat t-shirt nama Ebiet,pendekata segalanya Ebietlah..hahaha..Masa tu aku tak kenal Fals lagi,atau Doel Sumbang..sebab masih dok kat kampung,,form 1 masa tu.Jadi lagu hidup iv ni antara lagu yang aku sangat suka sebenarnya.Bila dengar lagu ini,ingatan akan terus ke kampung dan suasananya.ye lah,orang kampung..pagi subuh kesurau,kalau tak pergi kena rotan dengan bapak aku..lepas tu kesekolah naik basikal yang jauhnya 6 km dari rumah,balik sekolah main bola kat padang sekolah Dendang,maghrib dah kena kesurau balik untuk jadi bilal..kalau tak pergi bapak aku akan mengamuk dan aku sangat tidak suka kalau dia mengamuk..hahaha..habis maghrib mengaji quran dengan Pak Derih,imam kat surau.Surau tu dekat je dengan rumah aku..kalau bapak aku menjerit panggil nama aku..aku akan dengarlah..’AZIDDINNNNNNNN!!!Jadi bila aku dengar je suara bapak aku..biasanya aku akan terkejut….dan kelamkabut..Jadi aku ni membesar dengan lagu-lagu Ebiet sejak kecil lagi sebenarnya..

Ebiet ni muka tak hensem,muka jawa..tapi sebab dia sangat berbakat dalam penulisan lagu dan suaranya sangat unik..dan dia pulak bagaikan direstui proses perjalanan seninya..dapat Produser yang sangat bagus dan kreatif..Billy apa ke namanya aku dah tak ingat..boleh refer balik isyu-isyu lepas.Proses pembikinan album pulak dengan budget yang setaraf artis-artis hebat.Jadi keluarnya Ebiet dipasaran menjadi satu fenomena pagi peminat-peminat musik Indonesia masa tu.

Aku punya terpengaruh dengan Ebiet sampaikan cara nyanyi aku pun nak macam Ebiet..lirik pun nak macam tu,musik pun nak buat macam Ebiet..ye lah..itu kan proses namanya..1984 dulu.Tapi lagu,lirik atau nanyi aku taklah sesedap Ebiet.hahaha..
Ebiet ni album 1-4 dia sangat bagus dari segi bahasa,pengucapan dan makna,berserta musik juga.Bila selepas album ke -4..segalanya nampak berubah..Dah jadi kurang best sangat ..pun masih aku beli juga..itulah,album langkah berikutnya..Yang lagu hitnya senandung pucuk pinus..Dan bila album ke-6nya..tokoh-tokoh kalau tak silap..Ebiet sudah ada form baru dan dia berjaya lari dari mood album-album lamanya..Sebab peminatnya termasuk aku,sebenarnya masih expect Ebiet buat konsep musik macam album 1-4 dia.Tapi itu cuma sekadar musim atau moment yang datang dan pergi.Kita tak akan boleh ambik masa lalu.Aku dengar album Ebiet sampai album ke-12nya..Lepas tu aku dah tak follow..

Apapun Ebiet adalah Ebiet..dan dia memang bagus…Dengarlah lagu-lagu dia..kamu akan dapat sesuatu..bergantung pada tahap kefahaman kamulah..Tapi jiwa kamu akan lebih relaks..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Ini legend wa paling terkesima sama dia punya bait2 kata yg amat puitis…ha..ha.Wa rase dia pun org baik bro.Wa pun mau baik itu macam..baik dengan tuhan,alam dan segalanya.ha..ha..ha

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.