Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

EKPRESI HIDUP – 3

0 comments

Perkara yang paling berkesan dan membahagiakan jiwa di hari raya pertama, apabila saya bawak anak-anak Aqeef Aziddin dan adiknya solat aidilitri di masjid berdekatan..beberapa tahun yang lepas saya rasa sangat bersalah di waktu hari raya kerana tidak membawa mereka untuk solat raya, terutamanya untuk si Aqeef yang nak sangat merasa bagaimana suasananya..

Saya rasa kita perlu didik mereka mengikut jalan yang telah sedia ada, agama itu ‘way of life’ ..membentuk kepercayaan dan nilai tetap pada yang satu..selebihnya biarlah takdir yang merencanakan semuanya..Mereka perlukan arah dan panduan..tak ada agama di dalam dunia ini menggalakkan umatnya berbuat jahat..agama adalah tentang kebaikan dan hati budi..

Mereka perlukan syurga, neraka, dosa dan pahala dalam konsep percaya sesuai dengan usia dan kefahaman sebelum akhil baligh..

Mereka bertanya kepada saya tentang dosa dan pahala, mahupun syurga dan neraka..Bagi saya, apabila bangun tidur, saya masih mampu melihat dunia, mampu bergerak dan berusaha atas ihsanNya..masih mampu tersenyum, ketawa dan menangis di pentas dunia ini di mana kita adalah watak dan pemainnya..itu sudah memadai..itulah syurga dan itulah pahala atau rahmat..selagi diberi daya..

Di usia yang semakin ke hadapan ini, kita perlu fokus pada yang satu, yang ada di dalam..apabila pandangan kita terhadap dunia semakin pudar, kilau materi makin tidak bermakna dan berseri, apa lagi yang kita nak kejar?

Kita di sini atas rahmatNya

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.