Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Erosi

0 comments

Bumi semakin tua. Lapisan ozon semakin nipis dan sukar bernafas lagi. Semuanya gara-gara kita yang semakin rakus menarah hutan-hutan dan pokok-pokok atas namanya kemajuan dan pembangunan.

Saya pernah berkunjung beberapa kali ke Bukit Larut, Taiping atas urusan kerja beberapa tahun lepas. Suasananya nyaman sekali. Oksigen segar dan pokok-pokok dan tumbuhan segar dan hijau.
Kampung hijaunya masih kelihatan kerana nilai komersialnya kurang.

Apabila tinggal di kota. Udara semakin tercemar. Setiap hari kita menghirup udara yang kotor dan berdebu. Kesannya khusus kepada kita, warga marhen. Udara yang kotor akan mengakibatkan pelbagai penyakit.

Kita lihat di Hulu Kelang saja, Bukit Antarabangsa contohnya..tanah runtuh mengakibatkan bencana dan malapateka, tapi yang nyatanya hutan semakin gondol dan tidak berambut lagi, segalanya semakin jelas dan botak. Pembangunan atas alasan kemajuan tetap di teruskan serakusnya oleh golongan pemaju. Mereka hanya fikirkan untung . Mereka tidak suka kepada hijau bumi. Apa mereka peduli pasal tanah runtuh atau banjir di sana sini?

Apabila hujan turun ianya mengakibatkan kekotoran yang datang dari tebing bukit yang mengakibatkan lumpur tanah melimpah hingga ke jalanraya. Ianya mengakibatkan masaalah kepada pengguna..Sepatutnya mereka bertanggungjawablah. Janganlah bersikap lepas tangan.

Silalah melalui jalan Setiawangsa menghala ke AU3 Keramat berdekatan bulatan menghala ke DUKE Highway..sudah 2 minggu jalan di situ seperti jalan tanah merah dalam ladang kelapa sawit saja. Memang memasaalahkan pengguna. Mereka perlulah bertanggungjawab atas apa yang telah mereka kerjakan.

Saya tidak akan hairan jika suatu hari nanti, oksigen pun akan menjadi barang dagangan jual beli untuk tujuan komersial. Di saat itu kita akan menjadi seperti seorang angkasawan atau penyelam. Kita akan gantung oksigen di belakang badan kita setiap hari. Apa boleh buat..rakus punya hal, semua orang dapat susah.

Lestarikan alam hanya celoteh belaka..ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.