Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

FEEL ITU RASA…

0 comments

Walau roots muzik saya adalah ‘folk’ namun saya seperti kebanyakan anak-anak muda di zaman saya sangat meminati muzik rock 70an terutamanya. Kalau bercerita tentang rock, yang paling menonjol adalah gitaris dan penyanyi. Yang selalu bagi masalah pun mereka inilah. Ha ha ha

Saya pernah punya impian untuk penyanyi dan pemuzik rock, menjerit sampai pecah anak tekak. Betapa berkarisma dan hebatnya mereka menyanyikan lagu-lagu yang bernada tinggi..

Pernah sewaktu busking beberapa minggu yang lalu, seorang penyanyi 60’an ‘Rocky Din’ datang menonton saya menyanyi. Dengan kaca mata hitamnya dia bersembang sekejap dengan saya. Hairan dia tengok saya menggunakan ‘capo’. Tanyanya itu untuk apa? Saya kata itu untuk memudahkan kita . Saya kata saya selalu rendahkan key lagu yang bernada tinggi kerana tempoh waktu bernyanyi sangat panjang. Dia kata kalau dia menyanyi semua lagu original key, sewaktu dia menyanyi di pub, lagu hotel california original key Bm.. Saya kata hebat..hebat!!Ha ha ha

Saya pulak tidak berfikir begitu, sebab kita semua punya nada key masing-masing. Jon Anderson (Yes) suara dia memang tinggi, dia bercakap pun dalam high key. Suruh dia nyanyi low key? Tentu tak keluar tone suaranya. Begitu juga dengan penyanyi Don Henley( Eagles). Jadi sebab dia ‘otai’ saya dengarlah..Rockydin ni dia datang sempoi je…dengan seluar slack berlipat dengan kasut kung fu, cuma cermin mata hitam tak lekang. Ha ha ha..

Yang paling penting bagi saya dalam permainan kita perlu improvise lagu mengikut kreativiti kita, cara kita. Buat apa nak ikut cara penyanyi asal? Cara fikir yang begitu mungkin laku di tahun 80an atau sebelumnya. Dulu kalau nak jadi penyanyi rock, M.Nasir( Datuk) akan suruh nyanyi lagu dalam nada Em atau yang paling tinggi. Ha ha ha…

Berbalik pada muzik rock, ada beberapa gitaris yang saya sangat suka tone gitar dan membesar dengan muzik mereka..seperti Ritchie Blackmore ( Deep Purple, Rainbow), Uli Jon Roth( original gitaris Scorpions) Mickey Moody( Bekas gitaris Whitesnake), Keith Scott( Gitaris Bryan Adam) Steve Howe( Yes), Dominic Miller( Sting) dan David Gilmour( Pink Floyd)

Semua mereka punya tone muzik yang hebat. Saya suka Blackmore sebab karakter permainannya, solonya ada cerita. Setiap riff yang dimainkannya melekat dan kita akan ingat trademarknya. Dia melodikan lagu difficult to cure sesedap rasa kemudian di bahagian tengah, ditinggalkannya kita dengan melodi yang hebat dan unik. Kalau Uli Jon Roth pula, dia original line up kumpulan Scorpions dan lagu-lagu hebat Scorpions bagi saya di waktu Uli ni le..In your park, in trance dan banyak lagi. Dia punya jenama gitar sendiri’ sky guitar) yang punya 7 tali. Mickey Moody saya suka sebab first album White Snake yang saya beli ‘Come and Get it’ dan ‘Saint and Sinner’ dan Micky Moody lah gitarisnya. Elemen rock n roll dan slide nya melekat dan kena dengan muzik dan tone suara Coverdale waktu itu. Dominic Miller adalah Sessionist guitaris yang hebat, punya stail dan gaya permainan yang bijak terutama apabila dia menjadi gitaris tetap Sting. Keth Scott juga adalah sessionis kelahiran Canada. Tonenya sangat saya suka terutama untuk lagu ‘please forgive me’ dan ‘ evrything i do’ nyanyian Bryan Adam.

Banyak lagi gitaris yang bagus-bagus di dunia ini. Yang paling penting bagi saya bukan suara tinggi atau solo macam ribut, tapi ‘tone’. Sebab itu tone datang dari dalam…ianya bukan teknikal sangat..ianya ‘feel’…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.