Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Fikiran yang terbuka

0 comments

Saya menyintai dunia kefalsafahan kerana di situ ada jawapan untuk kehidupan, keagamaan, kemanusian, Tuhan dan alam. Umpamanya kita lebih menilai kehidupan itu secara keseluruhannya. Kita dididik untuk lebih memahami kehidupan ini dari menghukumnya.

Kita lihat dan menilai seorang pelacur itu sejujurnya. Maknanya kita percaya setiap makhluk itu sudah disediakan watak untuknya. Pelacur, pengemis, penagih dadah, politikus yang rakus, politikus yang jujur. Segalanya telah sedia termaktub dalam hukum alam.

Falsafah juga mendidik diri saya agar lebih menilai setiap kejadian itu tanpa mengira siapa dan apa agama mereka.

Bagi saya tidak ada gunanya kita bertaki atau bertikam lidah untuk menegakkan apa yang kita pegang jika arahnya lebih kepada emosi untuk ke satu sudut yang membawa kemudaratan yang mana ianya akan lebih menyesatkan jika api itu telah kita nyalakan. Kita perlukan kedamaian untuk hidup di dunia yang fana ini.

Lihatlah bayi yang baru lahir itu, suci dan murni. Kita perlu ke situ akhirnya. Suci seperti bayi. Hal dan dunia telah membawa kita menjadi seorang pengembara yang lebih merindukan kilau material dari kehendak jiwa itu sendiri.

Duit mampu menyembuh dan melingkupkan. Kuasa akan menjadikan kita manusia yang lupa bahawa kita ini hanya manusia, asal dari bayi yang suci itu tadi. Bayi tidak perlukan duit mahupun kuasa. Bayi hanya perlukan makanan untuk terus hidup. Bayi hanya perlukan bimbingan, kasih sayang dan belaian dari kedua ibubapanya.

Jadi kesimpulannya, banyakkanlah merenung dan lihatlah dunia ini dari sudut pandang yang lebih adil dan saksama. Keadilan ada di jiwa kita. Kekeliruan hanyalah mainan akal dan perasaan. Kedamaian dan kesejahteraan akan datang jika kita ini faham yang kita ini hanyalah seorang pengembara yang suka untuk mengambil tahu akan subjek ‘memahami’ dan ‘mengerti’. Insyaallah.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.