Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

FITRAH ALAM

0 comments

Sejak kita dilahirkan ke mukabumi Tuhan, secara fitrahnya watak kita mula terbentuk mengikut acuan yang kita bawa, faham dan berasa selesa dengannya. Mungkin haluan kita ke kiri, mahupun kanan. Mungkin antara sesama kita ada dosa dan pahala, atau mungkin kita bersalah dan dihukum akan kesalahan kita. Itu kita wajib percaya akan hukum qada dan qadar. Menerima apa yang diperuntukkan untuk kita itu ‘redha’ dan sangat dituntut agama.

Saya berkunjung ke perpustakaan baru-baru ini membawa anak-anak membaca dan menyewa buku. Terjumpa pula sebuah buku berjudul ‘ Siddharta’ karya Herman Hesse. Menariknya ianya diterjemahkan ke bahasa malaysia. Pada mulanya saya fikir ianya cerita tentang Gautama Buddha, rupanya tentang watak ‘protagonist’Siddharta yang melalui proses soul searchingnya dalam bentuk yang sangat menarik dan indah. Bermula dari keluarga ‘Brahmin’, beliau menjadi golongan ‘samana’ atau ‘Ascetics’ untuk sekian lama sehinggalah akhirnya beliau bereksperimen dalam bab-bab nafsu duniawi yang mana akhirnya segala harta, arak, perempuan dan judi semuanya sudah di miliki dan kuasai. Sama juga bila jika ke tengok movie Scarface lakonan Al-Pacino. Setelah segala-galanya nafsu dunia ini sudah kita miliki, apa lagi yang tinggal?

Akhirnya beliau kembali menjadi golongan samana dan apa yang menariknya bagi saya tentang buku ini adalah apa selepas ajaran Buddha? Adakah mereka menemui nirvana atau kedamaian abadi dalam proses mereka untuk menjadi Budhha?

Kadang-kadang kita perlu mengambil masa yang sangat lama untuk mencapai tahap redha, zuhud atau nirvana. Ianya bukanlah sekadar teori atau amalan semata. Di sekeliling kita adalah ujiannya. Siddharta terjun bergemulang dengan dosa dan pahala dan ia melepasinya. Sudah tentulah dia berpengalaman. Saya tidak dapat merasai apa rasanya hidup sebagai penagih dadah kerana saya bukan penagih. Jadi saya hanya boleh memahami sekadar yang mampu. Saya cuba untuk masuk ke dalam dunia anak saya yang mengidap ‘Autisma’ dan cuba untuk menjadi dia tapi saya hanya boleh memahami dunianya kerana saya seorang manusia yang normal walau ada senget juga. Saya cuma mahir tentang dunia yang saya faham, muzik saya dan keluarga saya.

Kita adalah pembawa watak di dunia ini. Di hadapan kita ada sekian banyak watak yang kita anggap panorama yang menarik untuk kita belajar dan faham.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.