Notes:
Folk dan attitude.
Aku main muzik sejak umur 15 tahun lagi..belajar sendiri dan dengan orang yang lebih pandai juga dulu..satu tempoh yang panjang untuk membentuk identiti dan trademark melalui penciptaan dan permainan.Sampai sekarang setelah ada 7 album,pun aku tak rasa ada dikalangan keluarga aku,terutamanya adik-beradik yang minat lagu-lagu aku.Sebab mereka lebih suka dan selesa dengan muzik-muzik komersial dendangan Siti atau Mawi atau Nasir.Itulah kenyataannya.Ditambah pula dengan cara muzik dan penampilan yang tak semenggah..hahaha..Aku macam ni lah..Ya,perjuangan ini terlalu panjang kadang-kadang.Bini pun dok komplen juga.Dah ada 7 album,hidup masih tak sesenang mana.Kecuali kalau aku usung BMW atau Mercedes depan rumah adik-beradik.Pandangan akan berubah.Tapi itu sesuatu yang tidak mungkin berlaku,sebab jiwa aku tidak ada didalam BMW atau Mercedes.Dah lama gini,acuan dan citarasa yang agak minimum terhadap selera duniawi.
Pun sampai sekarang aku tak minat nak ambik tahu pasal MACP,hak cipta atau apa saja yang melibatkan kepentingan dan bisnis.Mungkin satu kelemahan,itu pun aku setuju juga.Yang aku tahu,aku hidup didunia ini beginilah.Takdir itu terbentuk melalui proses.Setelah lama berjuang barulah diterima.Pun masih dalam konteks yang minimal.Tak sebesar artis program realiti semestinya.Tapi itu bukan satu subjek untuk aku letak dalam list otak.Dimana ada mahu,disitu ada jalan.Mahu yang aku mahu,tak semahu manapun..mungkin sebab aku buta dalam menilai keindahan duniawi yang penuh gemerlapan.Aku rasa aku lebih suka pemandangan yang seadanya.Rumah kecil yang selesa untuk diduduki seisi keluarga,kereta yang brand cap kapak,asal boleh dibawa kesana kemari,handphone kokak yang orang lain dah tak pakaipun,berselipar kalau tak busking atau ke show-sana sini.Mungkin sebab aku tak nak sangat terasa beban material yang penuh sesak dalam otak dan pemikiran.Biar aku selesa dan rasa kosong selalu,supaya tak akan rasa akan kehilangan apabila waktu sampai untuk aku pergi jauh untuk kembali kesisinya.
Seadanya..itulah yang terbaik untuk masa ini.















salam…bro meor, wa belajar gitar masa umur 28 tahun. Masa tu nak beli gitar untuk member. Cletus sapa gua.. kononnya pernah jumpa wa perform kat pub..hahaha… dia la yang ajak wa belajar gitar.
Tak lama tu baru wa nampak lu mula kerja kat Yamaha jalan imbi. Tiga bulan pertama wa belajar dengan Jordan, pas tu Cobib masuk wa kena ulang semula. Tak lama tu Bukhari pulak ajar..wa jadi mengong beb 3 guru… tapi bila wa tau goring je..wa blah…hehehe.. tapi wa tak la sebagus mana beb…goreng tipu boleh la…
woy brader! ape yang lu bleh ajar ha?
dah la mahal !! hahahaha!! wa pun dah tngok lu petik gitar..giler babi hampeh!!..
kepala buto la woy !!…wahahahaha!
meor:lu blh kutuk gua apa pun bro..suka atau tak suka..itu sebahagian dari cerita kita..
gua pun tak bebagus mana petik gitar..byk yg lagi bagus…tq
gua mula-mula tgk meor busking bwk lagu musim, lindungilah kami, camelia 1, bento, belum ada judul. lepas tu gua mintak lagu lara ria…lagu favirit gua.
gua mengaku gua ‘buta muzik’…tapi gua suka apa yang meor n kengkawan persembahkan…ada kepuasan…bukan sekadar penyedap telinga…maju terus saudara meor…