Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

gila musik-10 GILA MUSIK-PART 12

gila musik-11

9 comments

Jadinya,sejak sign contract sebagai recording artis dan composer,bermulalah hidup aku sebagai artis..walau sejak mula aku pun tak faham atau tak mau faham istilah artis..Yang dimahu masyarakat artis itu perlu smart,perlu senyum selalu depan camera atau mengampu para reporter majalah murah URTV,MEDIA,HAI ..dan ianya betul-betul buat aku menyampah dan terlalu berpura-pura sebenarnya..aku bukan package..kamu nak suruh aku buat itu ini..jadinya aku tak layak digelar sebagai artis..aku suka jadi diri aku sendiri..Ada sekali tu waktu sebelum hari raya,ada sessi dengan majalah URTV,Joey,aku dan Ruby kena attend sessi fotografi..dirumah Nasir,aku mana ada baju melayu,jadinya pinjam Usop Kopratasa punya..aku sangat menyampah sebenarnya..waktu tu Joey baru release album dia,Beradu Suratan..dan ianya gagal dipasaran..Masa tu Luncai Emas berfungsi sebagai sebuah Production..ada usahasama dengan syarikat BMG,yang masa tu sebuah syarikat rakaman yang besar di tahun-tahun awal dan pertengahan 90an dulu..BMG pun punya lah ramai artis yang bernaung dibawah syarikat diorang..termasuklah Nasir..jadinya juga sebagai sebuah production pihak Luncai menanggung segala kos rakaman..semua lagu dirakam di Luncai Emas..

Istilah glamour ni aku kurang faham sebenarnya..atau aku tak berminat untuk faham..aku Cuma nak jadi Dylan atau artis-artis folk yang rabak-rabak je masa tu,that’s why masa pergi audition pun aku pakai selipar dan baju kotak jer..Ini bukan zaman jalan Ampas dulu dimana artis/pelakon dimanupilasi perwatakan dan hidup mereka..jangan bergaul dengan masyarakat,semuanya tak boleh..letih la macam ni yob..hehe,,apa punya bongok idea yang macam ni..dan inilah yang dihidangkan untuk masyarakat..digambarkan artis itu sempurna,baik tingkah laku walau dibelakang macam pelesit..

Aku pun faham juga apa kehendak syarikat rakaman.tapi aku bukan nak jadi Awie atau Mawi atau Nasir..aku hanya nak jadi akulah…

Kalau kamu nak pakai baju berkilat,cermin mata hitam,pakai kot,bergaya sebagaimana layaknya sang artis..kamu buat la..aku tak kesah..apa ada hal pun…hehe…aku pun kalau aku nak pakai smart,bergaya,atau rabak..aku buatlah apa yang aku selesa..aku pasif pada nilai keindahan yang nampak dimata sebenarnya…

Selalu juga aku dijemput jadi guess artist Nasir masa dia ada show..di Penang,Singapura..jadi artis undangan untuk stesen radio Johor..dan sempat juga Nasir bawak kerumah famili dia di Singapura..dan aku agak rapat juga dengan dia..sebab masa recording tu mostly hari-hari aku lepak kat studio…

Nasir ni bagi aku personally dia seorang yang baik,tak merokok,berkharisma,kreatif,pandai memanupilasi dan sangat individualistik..maknanya dia sangat pentingkan kesejahteraan diri ..hehe…Aku peminat Kembara sebenarnya..dan aku suka Nasir masa waktu Kembara..Bila dia dah success sangat..dan kalau album solo aku suka album first dan saudagar mimpi..Dari segi kefalsafahan dia bagus juga..ku selalu juga belek apa yang ada distudio..rekod-rekod artis orang putih lama yang masih dia simpan..Al Stewart,Floyd,Dylan,U2,Earth,Wind&Fire..banyak lagilah..itu semua aku pun dengar juga sejak lama dulu..belek buku atau kitab yang dia baca…semua pun aku tahu dan faham sebab aku pun belajar juga dari source yang sama…Seperkara,kalau lirik-lirik kamu bercerita dengan perhubungan kamu dengan Tuhan,keindahan tuhan,rahmat tuhan..atau apa segala yang bercirikan keindahan dalam konsep ketuhanan..thats ok..but praktikalkan lah makna itu dalam kehidupan..sebab buat apa kamu nak bagi tahu aku kamu cintakan tuhan..kamu mengadu kat tuhan la..itu lebih baik,sebab itu hidup kamu..hehe…sebabnya juga kalau kamu begitu,kamu tak real lah..just lirik-lirik ketuhanan ni kamu gunakan untuk mengaut keuntungan..apa susahnya nak buat lagu dan lirik cintakan tuhan,atau kalau kita baca biasa,macam cintakan perempuan,tapi kalau kaji,itu lirik pasal ketuhanan…aku peduli apa..hahahahaha…….yang penting,praktikalkan maksud apa yang kamu belajar,ok kamu belajar hakikat dan mengenal tuhan..hasilnya nilai kebendaan itu semakin kuranglah..sebab ceritanya tentang iman memanglah begitu..ini kalau kamu belajar bab tuhan buat kamu jadi makin kemarukkan harta dunia,Ketuhanan apa macam ni?hahaha……kamu kata kamu insan terpilih,itu yang kamu faham..yang orang lain faham?Banyak musician kamu mengadu perihal pemberian duit yang hanya menguntungkan kamu dan syarikat je,banyak yang disekeliling kamu merungut tentang betapa kedekutnya kamu dan syarikat kamu..ketuhanan apa macam ni?Bagi aku kamu manusia,aku pun manusia,kita ada perut,kita ada kepentingan,kamu buat lagu.ok sedap walau stereotype..but at the end,kamu kaya..itu saja..sepatutnya kamu buat lirik pasal kekayaan kamu la..atau imej kamu yang marhaen yang buat orang suka,macam orang yang penuh dengan nilai iman dalam diri..thats ok,aku setuju…hahahah…but for me,kamu sepatutnya buat apa yang kamu rasa bagus untuk rakyat marhaen,sebab itu yang kamu dah lakukan dulu waktu dalam Kembara,dan itu yang telah kamu lupa..itulah roots kamu..

Maaflah kalau peminat Nasir terasa dengan statement aku,but ini yang aku nak tulis..hehe…


with-jag

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. saya seorang anak muda yang mengagumi karya-karya beliau.
    membesar dengan lagu-lagu beliau.
    namun tak pernah tahu realiti sebenar di belakang tabir..

  2. thats ok bro..teruskan apa yang kamu rasa ok utk kamu..sebab ini my personal point of view saja..

  3. ni gambar masa wedding dulu tu ke? lama aku tak jumpa jag.. ada lagi cd dia aku simpan…hahahah

  4. hahah..ya…betul..faisal suruh hang buat kursus fotografi

  5. Insan…selalunya lalai dan mudah terlupa,terutama apa bila tersilau oleh cahaya material…wa selalu bedoa jgn lah wa di uji dgn kemelut cahaya material yg menipu..ha..ha..wa takut wa juga hanyut…senangnya yg rabak2 saja bro..yg penting pure…ha,,ha bro singh tu iras2 school mate wa…

  6. ..wa ikut Nasir masa Kembara pastu takat Solo & Saudagar Mimpi je,album kemudian nya nampak beliau dah makin jauh dari taste gua..so good bye..Bro mamat singh tu ada jamming ngan Blind Tribe masa Napalm Death first gig di Malaysia dulu..

  7. bro singh ni kawan baik,satu opis dgn gua masa kat yamaha music dulu..dia seelalu nasihat gua..meor,stop smoking..its not good for ur soul&mind..hahaha

  8. ha..ha..ha..sorry bro sebab wa setuju amat dengan nasihat Singh tu…he..hee..

  9. Gua setuju apa lu cite,Meor.Wa pun ada dengaq Kembara,Sweet Charity,Blues Gang gak…”kita dengar,kita belajar,kita hidup”

Leave a Reply