Notes: awal kelahiran itu hidup yg nyata,kemudian mati sebelum mati yg nyata..dan kemudian hidup dan terus hidup..menuju keabadian
GILA MUSIK 14
Aku pun sambunglah sessi recording yang tertangguh yang biasaanya dijalankan disebelah malam..sampailah kepagi..Hanya untuk satu lagu lagi..lagu tu lagu Nasir kot..aku dah tak ingat..hehe..Bila dah balik sampai lewat pagi,aku pun selalulah ambil MC..Supervisor dan Assistant Manager tempat aku kerja pun ada nasihat aku juga,.Mulanya Supervisor,dia mintak aku fokus pada kerja,musik ni masa ada future..Sebab diorang ni respek abang aku,so dah jadi tanggungjawab diorang juga untuk masa depan aku..
Jadi selepas sebulan kerja aku talipon mak aku,cakap sama dia,aku mau kawin lagi dua hari..sebab aku cakap dengan mertua aku,kalau nak buat kenduri besar kena tunggu lah..Aku bukan nak jadi Raja sehari..buat apa jadi raja hanya untuk satu hari..?hahahha.Kalau Raja betul ok lah..Ini Rajakapor nak buat apa..Pak mertua aku setuju,Cuma dia nak jumpa brader aku yang tua,Mishar,bekas Boss majalah Gila-Gila dan Batu Api..Aku yang dah sepuluh tahun tak talipon atau bersua muka dengan abang aku ni pun gagahkan juga la menalipon Mishar..dan dia cakap kat aku,kamu nak kawin baru nak talipon aku..hahaha…so aku cakap,nak buat macamana,bapak dah tak ada.. dia kena jadi wali lah..
Belanja nikah aku rm 300 je,aku beli cincin belah rotan..kasi sama bini aku..Aku pun naik bas mini je dari rumah aku Taman Ehsan ke rumah mertua aku..Kitorang nikah kat masjid..Actually saksi nikah aku si Foad dan Kasya..Foad ni rambut dia masa tu panjang melepasi bahu,biasalah..pelukis…haha..dia pakai T-shirt putih dan seluar jeans dia je..hehe…Tapi masa hari nikah tu abang-abang aku ada datang la..so,semua pun settle..
Aku pun masa hari nikah pakai baju melayu yang tiga tahun lepas punya..siap ada minyak motor yang tak boleh hilang ..hahaha…rabak betul..
Tapi itulah..la ni gedebak-gedebuk dah ada empat orang anak dah..bahagia juga..hehe..masa tu aku pakai motor buruk je,lesen pun tak ada setahun..brek pun tak ada..aku main lanyak je,kitorang lepas kawin tinggal di Balakong..Aku naik motor pergi kerja,tak ada lesen selama setahun,sampailah aku kena saman…baru ambik lesen..
Hidup ini bukanlah seperti cerita dalam komik..Dan hidup ni pun bukanlah semudah yang kita gambarkan sebenarnya…hehe..
Masa selepas kawin,aktiviti musik aku beku sekejap..Selepas empat bulan aku kerja,Assistant Manager tempat aku kerja(Ericsson)jumpa aku,dia cakap..saya ni dah ada surat confirm awak..nak bagi salah,tak bagi pun salah….sebabnya saya hormat dan kawan baik abang awak..alamak…leceh betul aku rasa masa tu..Aku mintak dia simpan dulu surat confirm tu..
Rasa bersalah buat aku rasa nak resign…Jadi esoknya tanpa notis aku berenti kerja…
Bila dah tak ada kerja,aku cuba call member aku Phillip yang masa tu jadi tenaga pengajar di Bentley Music,sebuah syarikat penjual barang-barang musik yang popular di Malaysia ni..Jadi kebetulan ada kerja kosong disitu..Aku pun selepas ditemuduga,mulalah join Bentley Music sebagai Sales Executive…Masa tu aku banyak bikin lagu..dah ada hamper 200 lagu,ye lah..masa tu kepala tengah berserabut sana sini..Aku join Bentley pertengahan 2005,gitulah…Aku ingat dalam masa aku kerja di Bentley,kitorang ada jemput Paul Gilbert gitaris MR BIG,bikin gitar workshop di Bentley .Boss aku msa tu Mr Ken Phua..member baik arwah M.Sharif,pemusik 60an yang termashor di Malaysia ni..hehe..Paul Gilbert ni sebelum dia join Mr Big,dia ada satu band metal..RACER X..yang dikalangan mat-mat Rock dan gitaris yang tau..memang dasyat gila lah..Masa dia datang tu,punyalah ramai mat-mat gitaris yang datang…sampai melimpah keluar kedai..Gilbert dia ni Endorsee gitar jenama IBANEZ masa tu..Bentley pulak Sole Distributor untuk produk tu..Aku ingat lagi masa sessi soal jawab dengan crowd,ada mamat Rock mana entah Tanya..How to improve our scales?..So Gilbert ni cakap…you just listen to THE BEATLES..haha..dia pun masa perform bikin lagu ‘fly me to the moon’ dan Hey Joe lagu Jimi Hndrix jer..tak ada nak speed pun,but the way dia control volume dan sound sangat hebat…Tapi bila crowd mintak dia tunjuk solo masa dengan Racer X,dia pun speed la..ternganga la mat-mat gitaris semua,termasuk la aku..hehe..diorang ni praktis sejak dari umur 6 tahun lagi..really work hard untuk jadi yang terbaik..Bukan senang nak senang beb..hehe….Dan dia pun lepas habis workshop tu minum the tarik je kat kedai mamak belakang Bnetley tu..hahahaha..dia ok,humble dan cool….hehe..
Selepas setahun kerja di Bentley Music,Phillip cadangkan aku cuba minta kerja di Yamaha Music yang masa tu opisnya di jalan Imbi,KL..Dia cakap,you have a better future there..so dia tolong recommend kan..Masa tu Bossnya Edwin Nathanniel..Jadi aku pun selepas ditemuduga dapatla kerja di Yamaha Music,dibahagian Sales&Product..so aku sangat terhutang budi sama Phillip sebab dia bersusah payah untuk future aku..Aku pun tak boleh buat kerja lain selain dalam bidang musik..Aku join Yamaha Music pertengahan 1996..gitulah..Jadinya juga tahap hidup aku makin ok lah sikit..hehehe..
Foad Pulak dah jadi Lecturer masa tu..Suatu hari dia offer aku bikin Demo album ditempat member kitorang,SiSharul Gitaris Metalasia..masa tu studio Sharul di Bukit Tunku,dia ni bekas Pilot dengar ceritanya..Dan dia pun masa tu belum tubuhkan Metalasia lagi masa tu..So si Foad tanggung segala kos demo,aku pun tak tau apasal dia nak tolong aku..mungkin dia rasa tak syok sebab melalui aku dia kenal dan dapat job dengan Nasir kot..aku pun tak kisah sangat pun..hehe..















salam… bro… tolong promote t-shirt KERANDA 152 aku dalam blog ya…
OK..
Salam Meor,
Kedai tshirt Wan kat Central Market yg mana satu?Nak print tshirt Obama-Fairey-”citizen Kane” designlah.
dulu kedai tshirt wan dalam cm,la ni dah lepas renovation dan ada dekat dalam tu jugak,but wan dah lama tak ada dah..dia kat kuantan..
bro mishar masih menulis lagi ke? dia wat apa skang?
mishar ada di kl,bikin bisnes kot..dia ada menulis juga..
bro..nak tanya..nama penuh nan ngan rafi gitaris m nasir tue apa eahh??
nan..aznan alias dan raffi tak ingat nama penuh dia..blh check dlm facebook bro..tq