Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

gila musik-6 Penang,Bilik Sulit,Hishamuddin Rais&Teh Tarik..

gila musik-7

0 comments

Musik adalah falsafah,bukan setakat hiburan..Falsafah yang membentuk jatidiri untuk lebih mengenal..ianya sehala..one way ticket..awal 90an aku bergelumang dengan dunia kefalsafahan..mentelaah,mengkaji,mengenal dan mempraktikalkan makna hidup sebenar..

Jadinya aku mengambil keputusan untuk jalan terus,tidak menghubungi keluarga dimana aku berada,apa yang aku buat…Cuma kawan-kawan dekat tempat aku mengadu..mungkin menyusah atau disusahkan..

Aku mendengar musik bukan untuk suka-suka,aku serius..lirik dan lagu ibarat wahyu atau kata-kata yang bias membentuk hala tuju dalam kehidupan aku sebagai seorang aku..

Awal 90an juga seorang kawan mempertemukan aku dengan Joe kidd,Godfather dalam dunia underground..masa tu Joe Kidd part time writter untuk majalah abang aku,Mishar..sebabnya member aku cakap..Joe dia peminat tegar Doel Sumbang..haha..jadi aku suka untuk berjumpa dengan Joe di Kompleks Batu,jalan Ipoh..perhubungan aku dengan Joe adalah satu perhubungan yang panjang,sampai kehari ini..Joe ni bagi aku dia ni legend dalam scene underground..dedicated..music lover..aku banyak belajar dengan Joe..Punk,Hardcore,Metal,Trash,Heavy Metal,Pop..ideologi music sebenar..dan most of all..musik itu attitude..Dulu dia selalu dubbingkan aku lagu-lagu Punk dan Hardcore..just bagi kaset kosong..aku tahu Dead Kennedys,Misfits,Velvet Underground,Ramones,Sex Pistol,Clash dari Joe..semuanya FOC..dan aku punya hormat yang tinggi pada dia…demo aku masa tu aku taruh nama KONTRA masih dia simpan..haha..bagi aku Joe ni somebody..dan musim-musim tu juga aku start dengar Voivod,Sepultura,King Diamond,Antrax..dan banyak lagi lah..Joe juga banyak guide aku,memahamkan aku tentang apa itu musik yang sebenar..jika ada lorong untuk kesana..dia adalah lorong itu..Joe juga yang introduce The Smiths,Edie Brickel,Kate Bush,Elvis Costello..dia punya famous code..’’hang dengaq ni,BEST GILAK’..hahaaha….aku sangat enjoy moment aku masa tu..hahaha..

Awal 90an juga dunia musik underground berkembang dengan pesat di Negara ni..Gig-gig laku disana sini..banyak band local underground yang hebat macam Punisher,Nemesis,Hijrah,Black Fire,Sil Khannas..Punisher vocalist utama dia Rosdan..masa tu Rosdan tinggal dengan member aku si Foad,di Ampang..Aru vocalist Nemesis..gitaris dia bagus,Suhaimi..la ni tak tau dia ada kat mana…mungkin give-up dengan music..seperkara, main musik untuk scene underground ni mast u bukannya boleh buat duit dan dari segi itu ianya agak menghampakan..tak ada duit macamana nak terus hidup beb?hehe….itu sebab mostly band underground yang ada hanya main musik untuk sekadar hobi..diorang biasanya bekerja..kalau tak soru miss beb..

Band local favourite aku BLACK FIRE..Vocalist dia Mie Rambut&gitaris dia Yazid,abang kepada Datuk Mokhzani,orang kuat RTM..hehe..Black Fire ni bagi aku sebuah band yang mantap,vocal dia besar..ada style macam DIO&GOD FLESH..Sebuah band yang sangat berkharisma diatas stage..aku tak sempat tonton gig diorang..Cuma sempat tonton Mie Rambut je perform..

Dalam masa yang sama proses penciptaan lagu aku semakin matang,pernah Sani Sudin cuba nak produce demo aku,propose kat recording company…masa tu tahun 1991,kalau tak salah..

Awal 90an adalah permulaan untuk sebuah pengembaraann tak berpenghujung,falsafah aku ‘living is easy with eyes close,misunderstanding all you see..haha..itu sebahagian lirik lagu Beatles,across the universe..aku duduk dalam keakuan yang paling dalam..

Share This Article On Facebook

468 ad

Leave a Reply