Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

GILA MUSIK 14 GILA MUSIK-PART 16

GILA MUSIK-PART 15

4 comments

Pada masa cuti tahunnya aku dah lupa,mungkin tahun 1997 atau 98 kot..aku pun bikin demo di studio Shahrul,bulan puasa..hehe..dari tengahari ke petang siap..Shahrul dia suka satu lagu dalam demo tu..tajuknya ’Hei Pak Abu’..Demo tu entah kat mana aku campak,aku pun tak perasan..haha..Actually lagu Pak Abu ni memang cerita betul,kesahnya member aku masa sekolah dulu..aku waktu tu form 5 dan budak tu,nama dia Jefri..Si Jefri ni memang nakal sangat…ada suatu hari tu diselaknya skirt pelajar perempuan bangsa Cina dikawasan sekolah..jadinya dia pun kena rotanlah masa assembly,depan pelajar-pelajar waktu assembly tu…jadinya juga,bapak dia pun dijemput kesekolah,dibagitau kan hal si Jefri ni..macam-macam hal si Jefri ni bikin..bapak dia pun dah pening kepala..ada waktu tu,aku dengar bapak dia cakap..Apa nak jadi dengan kamu ni Jeff?hahahahha…….Aku dulu pun masa budak-budak nakal juga,curi mercun,buah limau,curi barang di supermarket..Tapi memang aku tak ada bakat untuk jadi pencuri..Semua main ikut-ikut je sebenarnya..
Tapi itulah,tahun 1990 dulu aku jumpa si Jefri ni,dah kerja dengan syarikat Proton,bini pun lawa,ada karier,masa depan,dah beranak pinak..dah jadi orang berguna pun..pakai pun kereta besar..hehe..Kita tak tau nasib orang sebenarnya..
Masa tu lagu Pak Abu yang aku bikin tu sampai ke Jaie ketua kumpulan band Trash Sil Khannas..Masa dia ke studio Shahrul masa tu dia dengar..Aku kenal Jaie masa tu,Cuma tak rapat..Sebab awal 90an wabak musik TRASH dan Metal melanda tanahair.pusat pertemuannya di Restoran Hameed..Semua orang nak jadi Trasher..pengaruh musik Metalicca melanda disana sini..hehe..aku pun peminat Metallica dan Supultura juga dulu..hehe..Jadi pemusik-pemusik Underground ni kalau nak berkumpul atau berjumpa,kat Pasar Seni lah pusatnya..So Shahrul call aku bagitau Jaie nak jumpa aku..Jaie ni dia peminat tegar Iwan Fals..sampaikan anak dia pun dinamakan Anarki  juga..nama penuhnya tak tau,tapi ada Anarki lah..Nama anak Iwan Fals yang dah meninggal tu namanya Galang Rambu Anarki..
Jadi aku pun jumpalah dengan Jaie yang masa tu kedai musik dia di Kompleks Campbell..dan kedai dia masih ada sampai hari ini..Dia offer aku recording kat Home Studio di rumah dia..Aku pun cakap ok lah..
Jaie ni sepanjang yang aku kenal,dia ni seorang yang baik hati..macam garang,itu imej saja..hahaha….thats why masa musik metal diharamkan,dan kedai musik dia di operasikan oleh pihak penguasa,aku bersimpati pada dia,kawan-kawan dan famili dia..betapa bodoh dan dangkalnya kefahaman pihak penguasa dalam menilai sesuatu..Ini sampaikan muka dia pun masuk paper sebagai wakil setan..apa punya bodoh dan jahatnya niat diorang,memalukan…aku rasa masyarakat hari ini lebih bijak menilai yang mana baik dan buruk..Bila dah jadi gitu,secara tak langsung periuk nasi diorang terjejas teruk sebenarnya…Kita sepatutnya lebih menilai dalaman,bukan luaran..sebab luaran itu kebanyakannya kepura-puraan..plastik..kalau ia betul,ok lah..sebab imej baik itu boleh diniagakan menjadi barang dagangan yang menguntungkan..Macam juga orang politik..bab-bab berlakon baik ni,diorang memang la pandai,terutama pak-pak dan mak-mak menteri yang kat atas tu..sebab?Itu yang orang kita suka tengok..sangat suka tengok..walaupun ianya tipu dan plastik..bukan ke orang melayu suka dibuai,dibelai,selepas itu dimanupilasi,dibodoh dan berbagai lagilah..
Tapi kita lihat hari ini..hari ini suasana berubah,musim berubah,pandangan berubah..kamu tengok dalam musik scene cukuplah…Pemusik indie semakin kedepan meninggalkan musik mainstream yang dah tak laku dan outdated…masyarakat perlukan perubahan dan inilah yang sedang berlaku..musik mahupun politik itu sama saja bentuk dan acuannnya..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. shahrizalisme says:

    Salam Bro,

    Gua rasa inilah cerita lu yg paling best dalam blog ni. Cerita ‘Gila Musik’ ni memang cool. Pengalaman lu memang menghiburkan, penuh warna warni.

    Memang gua layanlah…teruskan menulis. Bak kata Iwan Fals ” Sebelum kau bosan, sebelum aku menjemukan, tolonglah ucapkankan dan tolong engkau ceritakan”.

    Kita pernah jumpa sebenarnya (dan bersalaman) kat restoran Hameed di CM awal tahun 2006 kalau tak silap. Masa tu gua tgh bincang dgn kawan2 pasal kes Jadam (gitaris Necrotic Chaos) yg kena tangkap kes konsert Black Metal di Seremban akhir tahun 2005. Tgh bincang petang tu tiba2 lu datang bawak gitar. Kita semua bersalaman dan salah seorang member aku cakap kat aku…ini Meor dia baru balik busking.

    Mungkin lu dah lupa…tapi gua masih igt!

    -Shah-

  2. Meor,
    Aku dulu ada rakam dkt studio shahrul tu dkt Kg Tunku tu.Tahun 97. :)
    Lagu kegemaran aku drpd semua album kau adalah lagu Pak Abu tu.

  3. hahaha,ya ka?itu lagu kritik sosial..

  4. ya bro..lama dah tu..ingat2 lupa..hehe…..

Leave a Reply