Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
GILA MUSIK-PART 25
Bila album Pesta Jiwa keluar,aku sibuk juga perform sana sini..dan mula kenal geng-geng Troubodours,Tan Sei Hon,Jerome,Azmyl Yunor..Diorang ni group yang aktif dalam memperkembangkan lagi scene Indie,terutamanya program KL singer/Songwritter..Tanpa mengira kulit atau bahasa,diorang menerima dan menghargai bakat dan musik aku seadanya..Diawal program-program Indipendent yang mereka anjurkan..kebanyakannya tak berbayar pun,sebab tak ada profit mahu pun kepentingan…
Aku pun selalunya ok je,kalau berbayar pun hanya dalam bentuk token..Aku anggap ianya satu bentuk tanggungjawab pada musik itu sendiri..Sebab bagi aku kalau kamu mahu mengenengahkan lagu-lagu kamu,kamu perlu berkorban dari segi ringgit dan masa..sebab bukan semua orang akan suka lagu kamu,dan kamu bukan dari arena mainstream yang statik dan stereotype..Juga aku percaya lambat laun musik aku akan diterima juga..Aku tak pernah berkira-kira atau calculative sangat..Kecuali kalau ada function di hotel atau Pub..sebab itu kita dibayar untuk menghiburkan orang..Klau aku dijemput untuk program puisi atau Indie program,aku akan buat lagu-lagu aku..Aku selalu dijemput untuk program kesenian yang berbentuk Indie dan multi racial konsepnya,di No Black Tie,Balai Seni Lukis,Aswara,Actor Studio..Review-review juga keluar dalam ROTTW majalah musik untuk Rocker tulen,milik Abang Rom…Malaymail,Star,Metro pun ada juga..
Tahun 2001 juga Kedai Yamaha di KL Plaza berpindah ke Starhill,berpindah randah je..Yamaha sebagai sebuah Company yang mengajar musik dan menjual Piano itu ok,tapi untuk menjual peralatan musik combo..seperti dram,gitar elektrik,bass,keyboard,sound system,dan berbagai lagi bukanlah sesuatu yang mudah..terutamanya gitar Elektrik..Pemusik sudah biasa dengan jenama Fender,Marsyal,Ibanez…Kalau kamu nak suruh diorang pakai barang Yamaha untuk elektrik gitar atau Crate gitar amplifier ianya tak semudah yang dijangkakan..kena buat banyak promotion..Seperkara lagi..Yamaha ni boss besar nya orang jepun,macam boneka..yang handle semua berbangsa Cina..itu pun ok…sebab dari segi ekonomi memang bangsa Cina nombor satu ..Cuma yang nak jadi boss untuk barang-barang produk combo Yamaha ni yang tak tau apa-apa langsung pasal musik…tapi berlagak macam tahu..yang ni memang masaalah besar beb…Aku fed-up betul..lu bayang kan bro..bass gitar dengan elektrik gitar pun diorang tak tau nak bezakan..macamana nak handle combo department?Tapi itulah..dah diorang yang control everything..Kira team work kitorang adalah yang terbaik dulu..everage every month boleh jual dalam 80-100K…Macam boss aku Edwin,dia memang orang music,drummer.Zainol,pun pemusik professional juga.dan semua yang kerja di Combo adalah pemusik..dan tahu pasal musik dan perkembangan..So of course kitorang boleh jual product..Sewa untuk kedai pula sebulan dalam 20K..Mahal tu beb…tapi itulah,dah dapat arahan dari Jepun nak besarkan lagi product Combo..sebab dari segi piano dan Class music education,Yamaha of course adalah antara yang terbaik..tapi dari segi barangan combo..ianya masih baru dipasaran..dan perlukan pendedahan meluas..Tapi itulah,dah yang jadi bossnya pun bodoh sombong..payah le,lama-lama lingkup merudum..Dari segi kualiti bunyi,Yamaha gitar pun bagus juga…lebih kurang sama..Cuma brand atau jenama je..Tak lama lepas tu,pindah balik ke KL Plaza..gitulah Yamaha ni..hahahha..duit habis kat renovation,yang bodoh dikekal dan naik pangkat,yang bagus ditendang…yang HRD Department pulak bukannya menyebelahi staff,tapi management..payah ….
Berbalik pada dunia musik dan nyanyi,aku rasa benda paling gila aku pernah buat adalah semasa menerbitkan album Pesta Jiwa 2..Gila sebab semua aku buat sendiri atas pertolongan kawan-kawan ..Idea untuk bikin hanya 6 bulan selepas album Pesta Jiwa..Dan aku bukannya buat duit dengan album first…Aku nak buat album,jumpa seseorang yang aku kenal dan kenal baik aku,mintak tolong dia dalam rm 5000..aku pun jalan terus..semua barang kita guna barang Yamaha,yang jadi Produser aku dengan Zainol,yang staf Yamaha..aku record live je..heheh..dalam sebulan album siap..session semua kawan-kawan yang tolong..macam Andy Flop Poppy,Robert dan Jaggu,Nan Blues pun ada terlibat juga…CD pulak aku print 500 keping di kilang print CD di Maluri..cover aku beli kertas recycle di jalan Pudu..lepas tu beli kotak CD,yang design cover member baik ,Im..baru real indie..semua bikin sendiri,sampai ke bab pembungkusan CD pun sendiri..hahaha,apa ada hal pun…laku tak laku belakang kira..jalan terus brader..
Aku sempat bayar balik pada member yang tolong aku tu rm 3000 je..sebab aku dah tak ada duit nak bayar,pulak tu..yang ada dengan aku 200 copy je,yang lagi 300 copy hilang masa pindah rumah….lawak betul..hahaha,,yang mamat kasi duit ni..aku expect dia faham la,sebabnya dia pun tau aku bukan buat album Pop dan aku tak buat duit pun dengan album ni..dia pun millionaire..apa yang dia boleh expect dari album aku..tapi itulah,aku pun tak boleh buat apa-apa..aku pun tak perasan apa yang aku buat ini betul atau tak..aku main redah je..hehe..

Din korea….















oh sangat setuju. mesti susah nak yakinkan org beli gitar jenama yamaha..
Sebagai pengguna,gua pun rasa susah nak beli gitar Yamaha. Gua yg amatur ni pun dulu2 pakai gitar Ibanez…apatah lagi yg pro main gitar mesti nak pakai jenama2 establish je. Kalau yg dahsyat lagi nak pakai gitar Fender, Gibson yg betul2 Made in USA (mcm Joe Wings dgn Les Paulnya). Sekarang nak cari gitar karen ‘made in Jepun’ pun dah susah. Yang ada pun made in indonesia, korea, china. Dah tak pure mcm dulu2 lagi…
ya betul..yamaha gitar ni tak byk gitaris pakai..but ada juga model yg ok bro..Pacifica series,not bad lah sound dia..shape mcm fender sikit..price range dalam rm 900 gitu,yg ni kalau lu compare dgn fender yang indonesian made..yamaha lagi ok..lagi satu fender yang sampai di malaysia ni,yang mana bentley music adalah sole distributor…gradenya C..yg reject..dan bentley untung beratus2 kali ganda sebenarnya…hahahha,sebab gua pernah kerja di bentley..gua tau stock pricenya..ibanez mostly utk rock,sebab permukaannya flet..kalau fender curve..kalau fender lama..mmg valueble..sebab kayunya diperam berbelas tahun…sampai dlu punya gitar lu blh berdiri atas neck dia…hehe
..wa klo sound suka sangat dengan Fender Stratocaster klu Telecaster pun hanya kalu yang main tu Blackmore ngan Roy Buchanan..yang lama memang tahan sungguh tengok je Rory Gallagher punya Strat dah cabuk cam nak hancur je rupanya tapi itu jugak le yang diusung kesana kemari sampai akhir hayat..
salam kalau nak download lagu jepun dan korea boleh dapatkan di http://www.mp3japan.org/v2 sila register dulu ok..