Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
gila musik-part 26
Aku masa album ke-2 Pesta Jiwa 2 dulu proses pembuatannya sangatlah simple..begitulah dan itulah yang aku lakukan..Aku pun tak ada jawapan kenapa aku buat album,yang aku rasa aku tak ada banyak masaalah untuk melaksanakannya dan sudah tentu kawan-kawan sekeliling banyak membantu .Masa album pertama diedarkan,ada seorang wartawan dari Malay Mail yang suka dan menghargai karya aku,dia siap buat appointment untuk interview..dan review dalam Malay Mail pun sangat baik..Aku seronok juga bila dihargai,at least apa yang kita buat ada juga pendengarnya..Kalau kita buat sesuatu lepas tu tanpa ada promotion pun susah juga..Aku berterimakasihlah pada yang support perjuangan seni aku yang rabak ni..
Aku Cuma nak jadi Artist yang boleh buat apa aku suka..Pakai selipar jepun masa show,pakai baju pagoda,pakai Jeans lusuh..Kadang-kadang masa nak perform ada ingat nak pakai kemas,tapi last minute aku pakai apa yang aku nak pakai,ini bukan trend..Kamu boleh dress apa yang kamu suka..Aku Cuma suka jujur pada diri sendiri,dan itulah yang aku lakukan..Sebab aku tak suka untuk rasa bersalah pada diri sendiri.Masa album Pesta Jiwa,banyak juga yang order melalui email,ye lah bila keluar dalam Malay Mail,ada disertakan email aku..dan pembeli-pembeli pun suka dengar album aku,sebab biasanya bila sampai CD yang dipesan,diorang akan reply dalam bentuk surat atau email..Jadi ianya berkembang..
Pun bila album kedua aku diedarkan,aku mendapat liputan review yang baik dalam Malay Mail dan akhbar Star..Cuma dari segi kualiti album kedua tu tak berapa baik..Album pertama pun kualitinya tak bagus sangat..ha ha..Semua lagu direkod dalam kedai tempat aku bekerja..ha ha ha..
Aku pun tak ada hal,sebab bagi aku album-album aku ni aku anggap kelahiran anak,mungkin sempurna,mungkin cacat..Jadi kita kena menghargai..Benda yang dah jadi itu biasanya aku redha je..Stock pun dah tak ada dalam simpanan.Aku print 500 copy dikilang..200 dah jual,lagi 300 copy hilang masa pindah rumah..ha ha ha…
Masa album kedua tu,R.S.Murthi selalu datang kedai musik tempat aku bekerja,sebab dia member baik boss aku masa tu,Edwin Nathanniel.Jadi lama-lama aku pun rapat dengan Murthi.Kitorang selalu jamming akustik session dikedai..dia selalulah lepak..
Suatu hari dia pun offer untuk produce album ke-3..Aku cakap ok lah..Murthi ni multi instrumentalist juga..Dan taste musik dia sama dengan aku..dan dia sangat berpengetahuan dalam musik.very knowledgable person..Thats why aku leave it 100% pada dia,aku Cuma bikin lagu dan lirik dan basic arrangement..Yang lain semua dia bikin.Dia ada studio dirumah dia kat Penang..
Lagu-lagu yang aku bikin masa album itu padang…aku disitu tu banyak yang baru dibikin,umpamanya lagu sofa biru,sketch,langit makin gelap..dari warung kopi..Jadi feel nya masa rakaman masih belum mantap lagi sebenarnya..Aku masa record lagu-lagu yang kita buat rakaman livenya dirumah seorang kawan..Yang kita pakai masa tu..Digital Mixer studio brand Korg 12 channel,microphone untuk gitar dan vocal dan gitar .. Tahun 2003,hari raya Cina masa tu..proses rakaman untuk 12 lagu,dari pukul 7 petang-2 pagi..kita berhenti kejap sebab orang Cina main mercun,so kita pergi makan dulu dan sambung lagi..Jadi prosesnya Cuma dalam 7 jam saja..Itu sebab masa rakaman ada sikit lari dari segi pitching,dan Flet juga ..Murthi cakap biar je…ha ha ha..Sebab bagi aku Folk ni tak perlulah nak hensem sangat..sikit-sikit lari tu biasa.Aku bukan buat album pop atau komersial..Lagi satu feel masa rakaman tu yang penting.Kalau kita bikin balik atau punch,dia punya mood dah lari..Jadi aku pun ok lah..ha ha ha..
Bila siap semua basic track..Murthi pun jalankan proses selebihnya distudio dia di Penang sana..
Album Padang diedarkan selepas 2 bulan dari tarikh rakaman kalau tak salah aku,dan ianya mendapat liputan review yang sangat baik dalam akhbar Malay Mail dan STAR..Sampai keluar 3 page penuh..ha ha ha..dan album ini samapai hari ni pun kawan-kawan yang masih belum dengar beli.Ini bolehlah aku kata album ‘Masterpiece’ akulah..Sampaikan suatu hari aku dapat call dari RTM untuk perform di Malam puisi Angkasapuri..Mula-mula diorang call jemput untuk perform disana,aku ok lah,dan bayarannya rm 1500 kot untuk dua lagu mungkin..Tapi bila dia kata aku kena nyanyi lagu abang aku Sohaimi,aku cakap..alamak…hahaha..aku pun terus cancel..dan aku pun cuba cari nombor Sohaimi,biar dia deal direct dengan RTM..Aku rasa masa tu aku tak boleh compromise langsung,lepas tu aku pun fikir..apasal aku tak nak duit?Ini semua prinsip punya hal lah ni..ha ha ha..memang rugi,memang rugi ..but that was yesterday..Aku berkarya masa tu bukan untuk duit sangat sebenarnya..sebab kerja aku kat Yamaha Music pun ok..ada pendapatan yang agak selesa yang aku boleh tanggung anak bini..















bro….
lu ada stok lagi ka …mana mana album pun tak kisah ….gua mau pesan ni
ada bro..eemail gua alamat,tq
ha..ha..ha terang cakap aku lebih suka lu nyanyi lagu lu dan suhaimi nyanyi lagu dia…aku suka ori..ha..ha
Bro dari rakyat untk rakyat kita apa kabar?
sori wa miss lagi nak mengeteh ngan lu..wa kat hutan sampai sunday
ala bro, robert plant nyanyi kdg2 bunyi mcm sumbang tapi power…led zep is really something!
yang masuk kelas vokal pulak tak de soul..skema!
nyanyi ikut rasa,..layan!
ubi:bro,gua turun kl minggu ni..ada rezeki kita jumpa….
yang penting sabtu ni tgk KSJ
1st album lu bagus, kalau tidak masakan si lunchai tu beli…kha.kha. Itu Padang..Aku Di Situ..memang menggigit..T-shirt dia ada lagi ka…
t-shirt sudah abis stock bro..nanti akan diprint lagi..sebab block sudah ada..cuma masih bermalas-malasan lagi…haha