Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
gila musik..part 2(autobiograpi)
Aku suka dengar musik ni sejak tahun 1973 lagi..masa tu kartun Giant Robot main kat TV hitam putih..umur pun masa tu 6 tahun..sekolah rendah dah suka M.Daud kilau..Hail Amir,uJI Rashid,Al Jawaher,El Suraya Medan..masa darjat 4 bersunat..1977…berteman lagu El-Suraya Medan..arwah bapak minat musik juga..suka dengar lagu-lagu dakwah..juga Ahmadi Hassan,S.M.Salim..hehe..masa kat Kampung Dendang,yakni kampung aku dibesarkan..aku tak punya hobi sebenarnya,member kampung minat melastik brung,aku join,kalau diorang jerat tupai,ular,atau apa binatang pun aku join,main bola pun aku join,kalau aku tak ada kawan…hahaha..tapi masa kecil aku suka memancing..ikan keli,puyu..
1980 brader aku balik dari oversea…bawak banyak kaset lagu-lagu orang putih..Dylan,Cat Steven,STYX,Commodores..so dari situ aku terdedah dan mula daang minat pada lagu orang putih..hehe..dia pun balik dengan bawak gitar..but masa tu aku dah mula minat menyanyi..pernah brader aku audition aku nyanyi ..masa tu lagu Hingga Akhir Nanti meletup kat radio..aku pun nyanyilah..sambil dia mainkan gitar..aku tak pandai lagi main gitar masa tu..1981 kot..aku bermula agak lambat dalam permainan gitar ni..1982 baru nak belajar,arwah bapak tak suka sangat sebenarnya…hehe..brader aku puji suara aku,dia kata sedap…masa tu dia ada rekord kan kat tape..tapi dah putus tali tape tu..hehe..masa tu suara budak..belum pecah lagi kot…
Brader aku dia Navy masa tu,so travel sana sini lah..dia selalu kirim surat pada mak,dan kadang-kadang ada kaset yang dia nyanyi..aku ingat lagi dia ada nyanyi lagu ‘my way’Frank Sinatra..dalam kaset ..hehe,aku pun tumpang dengar..
Kat kampung masa tu 1982,brader aku release album first dia..meletup dipasaran,aku pulak dok gila musik ROCK..hahaa..dan aku pun mula mula minat Ebiet,sebab brader aku dia pergi Indon,dia beli semua kaset Ebiet..Camellia 1,2,3&4…lepas tu aku collect album Ebiet langkah berikutnyam,album tokoh,1984,zaman,menjaring matahari,seraut wajah,isyu..lepas tu aku dah tak follow..hehe..
Dalam massa yang sama aku beliĀ Iron Maiden,Number of the beast album..Black Sabbath..dan segala macam bentuk musik aku dengar..dalam masa yang sama aku juga peminat Alleycats..haha,..dan album yang aku suka…Drama kehidupan,sebab lirik dan lagu dia macam bersambung,bercerita,lirik pun psal kehidupan..ingt masa tu Nasir&Amin Sahab nak eksperimen..buat macam konsep floyd..
1982,aku mintak gitar kat brader aku..hahaha..masa tu form 3,dia cakap kalau fail exam dia ambil balik gitar tu..hehe..
bersambung..















aku pun gila muzik..tapi setakat gila mendengar je.nak main gitar tak reti la pokcik..hehe
taste muzik kita byk sama..biasa la…otai kan…haha
aku layan lagu dari thrash metal (dulu la) sampai la ke lagu nasyid…semua on jjjeh…hehesesedapsedap..hehe
sorry bro…typo byk
mnarik citer ko bro…sore ko mmg best..huhu..sjak dua menjak ni aku carik blk lagu2 ko..dulu slalu nampak cd ko kat Music Exchange kat Bokit Bentang..tp tanak bli..hehhe..masa tu kdeng..skang kurang kdeng skit
hehe..ok tu ben…musik itu perantaraan untuk jiwa yang lara dan nestapa..haha
karim:no problem bro,,hehe
Suara abang lu memang gua minat habis..payah nak cari suara penyanyi lelaki macam suhaimi.Gua suka lagu apabila isteri ku tertawa..ha..ha..