Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Gitar,muzik dan Michael..

11 comments

Sejak Michael menghembuskan nafas akhir,banyak betul cerita dia yang keluar..siang malam,malam dan siang..bukak MTV,suratkhabar,cerita artis-artis dunia tentang Michael,cerita artis Malaysia tentang Michael…Hahaha..Tu lah hari masa gua dan member-member Dollahjones,Pyan,Kulupsakah dan Nik..masa melepak kat Ulu Bekam highway,pun bersembang pasal Michael…Macam Micael tu member baik kitalah..gua ada no phone dia..hahaha…

Michael memang sangat bagus..ada banyak yang bagus,tapi dia sangat bagus..Megastar..ada banyak superstar didunia ini.Tapi Michael Megastar.Itu kenyataannya.Tak semua orang kenal Elvis,Beatles,Lennon..Tapi kalau tanya diseluruh pelusuk penduduk dunia,rata-ratanya atau hampir kesemuanya kenal Michael Jakson..Golongan kanak-kanak terutamanya..

Bagus sangat sampai segalanya nak diubah,satu masa duduk dalam oksigen,estimate umur boleh tahan sampai 150,Michael sangat calculative dalam hidup dan perkembangan jasmaninya..Maklumlah duit banyak,harta pun banyak..Cuma takdir je yang dia tak boleh dan tak mampu nak ubah..150-50=100…100 tahun kurang dari apa yang dia nak..Bila mati,yang disekelilingnya akan kaya-raya..apa yang boleh dimanupilate,akan dimanupilate semaksimumnya..Tapi Michael dah tak ada..Gua pun dah malas nak tengok program TV atau baca cerita pasal Michael sejak dia mati ni.hahaha..

Gua sudah bukak kelas mengajar Gitar di Bangsar.Ada sapa minat boleh datang sini..belajar gitar..Kalau yang perempuan atau kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun tu digalakkan beli gitar classical,yang bertali nylon..Sebabnya lebih lembut..boleh belajar finger picking..tapi sebelum belajar finger picking..kena lembut kan jari-jemari dululah,kena dari basiclah..Insyaallah lama-lama akan jadi pandai.

Lagi satu 4hb julai kita ada bikin program ‘Mlam Seni Rakyat’di Kajang..Sama-sama kita meraikannya..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. bro

    bangsar kat mana…gua ingat mau antag anak gua belajar gitar sama lu…dan berapa yurannya

  2. yuran dalam rm 120 bro sebulan,seminggu sekali..just belakang lrt bangsar,dekat seven 7..blh refer kat atas bro..tq..apa2 blh call gua..012-5901798

  3. shahrizalisme says:

    bagus bro…semoga maju kelasnya di bangsar. Kalau ade rezeki dgn lu (bila gua balik malaysia awal 2011) nanti gua hantar anak perempuan gua berguru dgn lu!

  4. shahrizalisme says:

    budak perempuan umur 4 tahun dah boleh start belajar ke bro?

  5. 4 tahun kecil lagi tu bro..tunggu dia besar sket..10 tahun ke

  6. amadtdenial says:

    tahniah bro..ade kelapangan akan sampai ke sana jua…

  7. Aku minat gak MJ ni, cuma tang beberapa lagu. Dulu 2 artis yg aku suka follow cerita depa – MJ & Madonna – pasai depa ni selalu buat gempag!

    Tp Beatles lagi besssttttt……!

    Btw, bila nak ajag anak aku main gitar?

  8. ajaq anak hang main gtr?bawak mai dia ke bangsar la bos…

  9. Salam bro…sori wa tak leh join lu mlm ni…mcm wa sms lu smlm..bapak wa tetiba kena masuk wad kecemasan lepas jumaat smalam…ralat gak..tapi insy di lain masa..kita jumpa…

  10. ok no problem bro..ada masa kita jumpa..lu kena spend masa jaga org tua masa dia memerlukan..insyaallah

  11. nawzalmsteen says:

    Semekom

    Saye juga mengajar gitar. Sape yang serius, boleh antar anak, kalau dah besar lagi suke sebab saye majoring dalam scaling. Goreng maut pye…. Sekarang dah ada 10 students (dari anak sampai ke bapak budak). Call me k 012-3289125. My area Subang Bestari. Cheers. Music is a way to appreciate god the almighty too!!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.