Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
gua dan muziq..
Itu malam itulah pada 24hb lepas,gua dijemput mempromo album di majlis ceramah Keadilan di Sri Rampai..Helmi dari cawangan Setiawangsa yang menjemput,Jadi diantara selingan ceramah,gua pun menyanyilah lagu-lagu dari album baru..Sambutan terhadap album boleh la..Gua anggap praktis lagu-lagu dalam album untuk program seterusnya..Umpamanya lagu Rakyat Bersatu,membenarkan kebodohan..Bukan senang nak senang beb!Folk bukan dari cabang mainstream,walaupun pun khalayaknya dari kalangan pembangkang,pun dari segi muzik dan hiburan,taste mereka sama,masih sukakan hiburan ringan,akademi fantasia bulan madu sana-sini.Folk ni muzik yang walau dari segi melodinya mudah,janji ada akustik gitar juga muzik yang penuh,tapi dari segi lirik dan senikata biasanya bermesej.Walaupun berbentuk puisi dan sajak,namun hukumnya pada masyarakat banyak,melodinya wajiblah mengikut hukum melodi seakan lagu-lagu melayu yang lembut macam kopratasa,Harmoni,M.Nasir..gitu?ha ha ha…
Gua kat Sri Rampai tu ada member baik,gua call dia ingat nak jumpa..rupanya dia ada kat Mecca sana,mengerjakan ibadah Haji,alhamdulillah..
Berbalik kita pada bab yang tadi,………….
Payahlah kalau gitu Yob!!gua punya lagu ada raggae,ada blues,ada rock,ada folk..Apapun hidup adalah perjuangan..Kita taklah mengharap sangat agar lagu-lagu kita akan disukai ramai.Keadaanlah menentukan.Nak disalahkan khalayak pun agak tidak adil juga,sebab yang diarena dan yang memnonton diarena tidaklah sama bentuk dan citarasanya.Jadi seperti yang gua cakap tadi..keadaanlah yang menentukan.Apapun terimakasih Hilmi kerana menjemput.
Begitu jugalah bila gua dijemput menyanyi di Pena itu malam..ajakan pun acuh tak acuh .Sebabnya pada gua,nak promot album saja,ye lah,kita meraikan penyair Nusantara yang datang bersajak disini.Gua masa letakkan album gua,taak ada sangat khalayak yang heran pun.Memang betul,Kopratasa dan lagu-lagu puisi memang tak dapat dipisahkan.Depa kalau boleh nak melodi selembut bayu,kalau boleh menangis dan sebak sakan walau lirik protes.Gitu?hahahaha…
Gua pun nyanyilah lagu Membenarkan kebodohan sajak si Jones,yang pada 12/12 ni kalau jadi dia mahu bikin show di opening gallery dia kat Temerloh.Gua pun mungkin kesana,meraikan kawan-kawan.Lepas gua nyanyi lagu bodoh tu,barulah penyajak dari Brunei,Singapura dan Thailand datang beli album DRUR .Yang kat Malaysia sebab ada lagu I.S.A kot depa tak syok..sebab katanya kutuk kerajaan..gitu?hahaha..Mana ada beb!itu lagu protes kemanusiaan.Bukan lagu menyokong mana-mana parti pun.Tapi banyak juga orang suka lagu gua..terimakasih…Apapun rasanya gua suka letakkan rasional itu dihadapan..
Biasa je bro..life goes on./
Selamat menyambut hari raya haji..















perlu memeriksa:)