Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

GURU

0 comments

Guru yang paling baik bagi kita adalah diri kita sendiri. Oleh itu fahamilah kehendaknya seiring nafas kita yang turun naik ini.

Sewaktu kecil guru agama saya di kampung namanya Pak Derih. Sesudah dewasa saya banyak berguru juga untuk menambah ilmu pengetahuan tentang alam dan pengetahuan serta Tuhan pencipta alam. Guru-guru saya kebanyakannya tidak konvensional dan mereka punya karakter yang tersendiri. Imej luaran itu tidak penting bagi saya. Yang penting apa yang mereka miliki, itu yang kita mahu . Luaran itu tidak penting kerana sifatnya baharu. Jadi apa watak sekalipun ianya hanyalah sekadar watak yang kita mainkan. Walau provokatif mahupun sarkastik, yang penting saya dapat apa yang saya mahu. Ha ha ha

Saya sukakan sesuatu yang ‘asli’ dan ‘jujur’. Apabila kita belajar untuk mengenal Tuhan dan alam ini bagi saya, kita fokus pada yang itu sahaja, bukan ganjaran mahupun selain dariNya.

Musim berganti dan akhirnya kitapun perlulah mempraktikalkan apa yang kita tahu dan faham untuk diterjemahkan ke dalam kehidupan yang sedang kita lalui ini. Teori itu masih lagi di tahap angan-angan dan hanyalah sekadar teori semata.

Saya akui ‘busking’ itu salah satu cara saya belajar mempraktikalkan makna hidup dalam ertikata yang sebenarnya. Setiap hari saya lalui dengan cerita dan pengalaman yang berbeza. Kerja saya nampak mudah, bernyanyi berlagu menghiburkan angin lalu. Saya tahu saya semakin menyatu dengan watak saya sendiri. Setiap watak atau gerak adalah nadi dari Tuhan pencipta alam…

Ada seorang brader mabuk berbangsa India tiba-tiba memaki saya dengan kata-kata lucah, saya ‘cool’ dan tiada ekspresi atau sebarang reaksi marah atau terhibur- Neutral. Namun banyak mereka yang terhibur dan segalanya adalah milik yang empunya alam ini. Inilah yang Tuhan mahu saya lakukan dan saya bersetuju dan fokus dengan watak saya.

Bagus kalau kita selalu berkata pada hati, ” bernyanyilah untuk Tuhan, nescaya kita tidak akan kesunyian. Bukankah Dia maha mendengar?”

Guru – Hari ini mereka adalah guru-guru saya belaka. Isteri saya, anak-anak saya, mereka yang suka mahupun membenci saya malah yang memandang dengan suka mahupun sinis adalah guru-guru saya juga. Mereka mengajar saya makna kesabaran kerana saya tahu puncak bahagia itu letaknya di singgahsana jiwa yang tenang selalu.

Segalanya adalah sebahagian cerita untuk melengkapkan makna sebuah kesempurnaan.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.