Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Harga getah tengah naik, moh kita noreh yob!!

0 comments

Dengar khabarnya harga getah tengah naik sekarang, kalau sekilo dah rm 15, 30 kilo dah berapa tu? Mewah-mewah..ha ha

Patutlah ada kawan saya yang balik kampung untuk menjadi penoreh getah.

Dulu waktu kecil saya tidak minat menoreh getah dan pemalas. Saya budak kampung yang manja, itulah silapnya. Kebun getah ada, upah orang kampung menoreh, hasil di bahagi sama-rata. Pun kalau ditipunya kita, kita pun tak tahu.

Dalam seminggu sekali saya jadi tukang kutip hasil. Jadi berbasikallah saya dengan jarak 3 km ke rumah orang yang mengambil upah menoreh getah di kebun mak saya. Hasilnya tidaklah lumayan seperti hari ini.

Sampai hari ini saya tidak tahu cara untuk menoreh getah. Ianya sesuatu yang saya kesalkan juga. Itulah, dalam hidup ni banyak perkara yang kita sering kesalkan, umpamanya perkara-perkara bodoh yang kita lakukan di masa lalu. Tapi benda yang dah berlalu kalau dikenang ianya akan buat kita kecewa, mengeluh dan putus asa pun hanya akan merugikan diri sendiri. Kita perlu memandang ke depan, bukan belakang.

Namun begitu, saya pernahlah menjerat tupai, untuk dijual pada peraih. Harganya rm 4 seekor. Saya juga pernah bekerja di ladang kacang. Memang penat, bayangkan dari pagi sampai ke petang mengutip kacang. Hasilnya dapatlah rm 5. Semua aktiviti ni saya lakukan sebelum saya kenal gitar. Bila dah mula belajar gitar, saya dok main gitar pagi, petang, siang dan malamlah. Bertambah malaslah saya.

Nasib baik ada juga hasilnya dari segi ringgit dan kepuasan. Kalau tak, sia-sialah saya melalak siang malam.

Nasihat saya, bagi anak-anak muda yang dok di KL ni, baliklah kampung
kalau ada kebun getah, jangan malu jangan segan. Itu semua duit tu!!

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.