Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hari-hari Akustik? Hari-hari Autistik.

0 comments

Anak saya sudah berumur 13 tahun. 13 tahun yang statik dan rutin. Saya terjumpa video klip yang dibikin oleh siapa ye? dalam youtube. Tajuknya pun salah..Tajuknya Hari-hari Autistik. Lain kali tolonglah minta izin dari saya. Bukannya kena bayarpun. Lagu ini lagu saya dan sudah tentulah saya berhak keatasnya. Umpama kalau kamu nak berjumpa dengan anak saya, sudah tentulah perlu melalui saya. Benda-benda begini adalah sesuatu yang serius. Nama umpamanya, perlu ditulis dengan betul, bukan main hentam saja. Nama saya Meor Yusof Aziddin, bukan Meor Yusoff Aziddin. Lain kali buatlah homework sikit. Pasal interprasi menngenai lagu tersebut bagi saya itu mengikut kefahaman masing-masing. Makna Akustik dengan Autistik bukankah jauh bezanya? Walaupun lagu itu terdapat dalam album filem KAMI yang saya pun tidak menontonnya atau apa tajuk yang ditulis pada lagu tersebut, kamu perlu meminta izin daripada saya. Saya tidak perlukan publisiti sangat sebenarnya dalam hal ini.

Sewaktu mahu membuat pertukaran sekolah Adam anak saya, saya semak nama saya yang ditulis oleh jabatan pendidikan, pun tak betul. Tak bolehlah begitu. Sebab ianya sesuatu yang penting. Cuba kamu isu cek tulis nama tak betul, sudah tentu cek kamu akan di reject.

Cerita dalam lagu ini mengenai anak saya, Meor Muhammad Adam, dia pengidap Autisma. Ianya sudah tentulah sesuatu yang penting bagi saya sebab saya menulis lagu tentang anak saya. Ianya bukan cerita yang indah-indah atau lela mengejar majnun di atas pokok kelapa. Ianya tentang kepercayaan dan penerimaan hukum alam dalam konteks spiritualiti.

Benda-benda begini perlu diberi perhatian sebenarnya. Tak apalah, benda dah jadi. Lain kali tolonglah perbetulkan. Kita bukannya budak yang pramatang lagi. Seperkara lagi semua lagu saya sudah di daftarkan ke MACP. Terimakasih.

Hari Hari Autistik

Dan Adam ada disini…
dunianya teka-tekiku
pandang demi pandang…
dimanakah dia…
bawalah aku keduniamu
kita sedarah bukankah
dan kutatap wajahnya semahuku…
kerana dia aku…
walau kubiar…dia berlari
dan kan kubuka semua ikatan
agar dia…bebas apa saja
untuk bermimpi tentang apa saja
walau sebenar semua jawab
ada didiri…tak kunafikan…
dia adalah hidup ku…
dia adalah nafasku…
dia..alasan, agar aku lebih berdiri…
disini…
tiada kunafikan…
dialah pembimbing…
untuk aku…lebih beralasan dalam menghargai…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.