Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

HARI INI BUKANLAH SEMALAM BUKANLAH ESOK.

0 comments

Kemahuan yang berlebihan akan membuat hidup kita merana jika kita tidak sepatutnya berada di situ. Kehendak yang asas seperti kita melihat kemahuan fitrah manusia, contohnya orang kampung yang serba sederhana namun masih mampu berketawa dan riang gembira menikmati hidup selagi hidup. Mereka tidak memiliki kemewahan, mereka cuma punya basikal buruk, makan nasi berulamkan pucuk paku, pakaian yang berharga tidak lebih dari rm 20. Itu yang sepatutnya malah tidak ada apa yang kurang pun bahkan mereka meraikan hidup ini seadanya. Saya salut mereka-mereka ini. Kunci untuk segala kemahuan adalah kesabaran.

Saya suka movie orang putih ‘ Shawshank Redemption’. Kunci untuk segala apa yang kita mahu adalah kesabaran. Kita masih terpenjara dengan segala apa yang kita nampak di depan mata dan kita ingin memiliki segala-gala yang indah di dunia ini kalau boleh walau kita tidak mampu. Dunia ini bukan milik kita. Miliki dan jagalah apa yang sedang kita lalui ini seadanya dan kita sedang melayan kerenah waktu yang tidak menentu sebenarnya. Yang terbaik layan waktu seperti watak utama dalam movie itu yang kerjanya setiap hari selama 20 tahun menebuk lubang penjara sedikit demi sedikit demi sebuah kebebasan.

Saya suka muzik kerana itu saya di sini, pun saya tidak suka pada hiburan dan cerita-cerita kayangan dari artis hollywood, bollywood mahupun di negara kita ini. Mungkin kerana tidak ada keperluan untuk berada di situ. Kawan saya bertanya sampai bila saya akan teruskan dengan apa yang sedang saya kerjakan sekarang dan saya tidak ada jawapan untuk itu kerana saya sedang menikmati udara segar dan segalanya vitamin untuk jiwa yang rindukan makna kebebasan. Semua kita akan beralih musim dan apabila musim itu tiba, biasanya saya akan berada di situ.

Hari ini bukanlah semalam dan semalam bukanlah esok.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.