Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hari tua…dan mati..

0 comments

Semalam gua praktis dengan kawan gua di rumah kawannya..Kawannya itu orang putih dan isterinya bebangsa India..Di rumahnya ada 2 ekor anjing..Bila berkesempatan aku pun berbuallah dengan isterinya..perihal anjingnya..seekor tu muda lagi…itulah katanya umur anjing kalau paling lama boleh hidup pun 18 tahun..sekarang anjingnya yang tua berumur 15 tahun, dah tua dah..Dah tua dah..kesian juga aku tengok anjingnya yang tua tu..memang baik, ikut cakap tuannya..berjalan pun dah slow..

Dan kematian adalah subjek yang sangat melukakan..walau penyerahan adalah tempat yang paling atas, kita dikurniakan perasaan..Mereka tak punya anak..itulah aku tengok, memang perhubungan anjing ni dengan tuannya sangat akrab..dia anggap macam anak sendiri..

Aku dulu masa budak pernah membela burung pipit, aku ambil dari sarang masa tu..memang aku sayang..bila balik sekolah aku panggil je burung tu akan datang, bermanja…walau aku lepaskan dia akan datang pada aku…jadi bila dia mati dimakan kucing..aku sedih yang amat…terasa betul kehilangan..

Itu aku bagitau macamana kalau anjing dia mati nanti..dia boleh take it ke? Dia kata susah ..sangat melukakan…cuma dia sedang meraikan hari-hari akhir anjingnya dengan membahagiakan anjingnya..
Memang sedih..kesedihan akan datang juga..tapi kalau kita berikan kasih sayang sepenuhnya…ianya adalah kesedihan yang matang untuk dihadapi..itulah…

Hari-hari keluar dalam akhbar manusia buang anak..ianya menyedihkan untuk kita melihatnya..

Kasih-sayang perlu hadir dalam jiwa..dan kita perlu menghargainya..dalam masa yang sama kita juga perlu bersedia ..untuk kehilangannya..Kalau tidak ada sifat kasih-sayang..jangan jadi manusia..

Share This Article On Facebook

468 ad

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.