Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

HIDUP 7 ( ROKOK OH ROKOK )

0 comments

Beruntunglah bagi mereka yang sudah kurang merokok apatah yang sudah berhenti merokok.

Harga rokok naik lagi, dan akan naik lagi. Yang pasti tidak akan turun. Dulu zaman Chedet kalau naik hanya sekadar 20 atau 30 sen. Hari ini naiknya sampai rm 1.

Rokok paling popular hari ini Dunhill sudah berharga rm 13 satu kotak. Winston Light pula rm 11.50.

Kalau hisap 2 kotak sehari, sebulan sudah sampai rm 600 lebih. Kalau Dunhil lebih lagilah kosnya. Akhirnya saya megnambil keputusan untuk beralih kepada rokok gulung. Sehingga saat ini sudah hampir 2 minggu saya menghisap rokok gulung berulamkan tembakau Virginia Golden.

Bila hisap rokok gulung, hisap rokok Winston pun dah tak ada rasa. Perkara paling utama, save duit. Kalau boleh maintain baguslah..

Hari ini siapa yang menghisap rokok jenama mahal bolehlah dikategorikan sebagai orang kaya…

Yang paling kenaikan harga rokok tidak akan menggembirakan kilang rokok. Tidak akan menggembirakan perokok. Perokok cepat atau lambat akan mencari pilihan altenatif yang seperti saya lakukan sekarang…

Tidak mustahil harga rokok akan naik sampai rm 20 sekotak sehingga akhir tahun ini. Di Singapura harganya kalau duit kita rm 25 sekotak atau 12 dollaer sekotak.

Di KL Sentral hari ini kerap dibuat pemeriksaan bagi siapa yang menghisap rokok seludup. Yang menjual kena, pengguna pun kena denda juga..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.