Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup adalah expresi

0 comments

Hidup ini adalah expresi, luahan makhluk antara sesama mereka mahupun kepada Tuhan mereka. Kita punya hak untuk meluahkan luahan itu dalam bentuk apapun jua. Emosi adalah permainan dunia cuma. Cuma bagi saya adalah bagus kita buangkanlah amarah dan dendam jika ada dalam diri kerana ianya tidak akan membawa kita kemana-mana melainkan akan menjadi penyakit jiwa yang bakal membawa lara kepada diri kita sendiri. Di sini kita mahu tidak mahu perlu merasakan nikmat tenang jiwa untuk kita lebih fokus kepada arah dan hala tuju kita dalam hidup yang tidak selama mana ini.

Apabila kita anggap hidup ini permainan dan lakonan cuma, kesannya hanyalah di lingkaran akal fikir kita cuma, maknanya ia hanyalah untuk mevariasikan waktak kita di dunia ini dengan tangisan suka mahupun duka. Segalanya sudah ditentukan dan kita sedang meraikannya.

Saya masih menganggap keterasingan itu adalah bukan dosa bahkan ianya lebih bererti dari hiruk pikuk dunia. Ada masanya kita akan merasa jemu berada dalam peradaban manusia. Kita lebih suka menyendiri untuk mencapai tenang jiwa. Namun kita ini masih juga perlu berhubung antara sesama kita juga dan tahu apa cerita di sekeliling kita.

Dosa itu lumrah dan kita mudah melakukannya dalam bentuk yang kita sedar mahupun tidak.

Apapun..janganlah sampai membawa lara dan dendam kerana ianya bukanlah sesuatu yang disukaiNya.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.