Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

HIDUP ADALAH ‘JALAN TERUS’!

0 comments

Mungkin kita akan menang, mungkin kita akan kalah dalam percaturan hidup ini. Itu adalah biasa…Kuncinya adalah ‘JALAN TERUS!’.

Jalan terus walau berlopak, berlumpur, semak…jika itu jalannya dan kita tak punya pilihan, Jalan Terus!

Minda kita berlegar akan pesona dan cerita nafsu nafsi dunia..jiwa kita maintain dan setia sepertimana nafas kita yang turun naik.

Apapun yang kita lakukan, ‘dedikasi’ atas apa watak dan kerja kita di dunia ini dan jika kita berasa selesa dengannya, kita adalah pemenang. Walau bukan untuk dunia mengakuinya, sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri.

Seorang kawan saya kerjanya menjual buku. Buku yang dijualnya pula bukanlah bahan-bahan yang komersial melainkan penuh dengan isi-isi ilmiah belaka. Saya perhatikan, pun hidupnya penuh dengan kebahagiaan dan senang hati belaka walau di poket duit bukannya ada sangat melainkan hanya cukup makan dan beli rokok Gudang Garam.

Pun saya sering melihat pekerja-pekerja asing yang tahap senang mereka sangat minimum, pun mereka menerima takdir mereka yang seadanya. Cukup bulan hantar duit ke kampung dalam jumlah yang besar dan makan minum mereka hanya ala kadar sahaja.

Masalahnya jika kita keliru dengan identiti kita sendiri, itu adalah masalah dan jika kita melihat keindahan bulan itu hanya sekadar di permukaannya, memang tidak kemana-manalah kita umpama M.Nasirr yang kalau di dalam kitab Musyawarah Burung karya Fariuddin Attar itu wataknya tidak lebih hanya sebagai burung Merak yang terlalu cintakan keindahan badan dan bulunya sahaja.

Jika begitu, apa yang boleh kita kata lagi?

Kenalilah asal usul kita…itu penting.

Jika hobi kita cari bundle walau siapa pun kita, kaya atau miskin, teruskan! Jika kita busking di tepi jalan atau di mana-mana jika itu bahagiaNya tanpa mengira samada kita ini miskin atau kaya, teruskan juga..kerana tanpa itu, sebahagian watak sebenar kita telah hilang sedikit demi sedikit…

Kenalilah asal usul kita..tanpa itu kita bukanlah siapa-siapa di sisiNya..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.