Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

hidup dan kebahagiaan

6 comments

Kita manusia ni hidup untuk mencari makna bahagia.Terpulang kepada kita nak menterjemahkannya macamana.Ada orang suka merompak sebab itu definasi bahagia pada dia.Ada yang suka membunuh sebab itu lah kebahagiaannya.Ada yang suka begitu,begini..macam-macam.Kebahagiaan itu kalau setakat yang dimata itu begitulah.Biasanya penuh dengan nafsu-nafsi.Rumah besar,duit banyak berkoyan-koyan,lupa diri,tamak,haloba.Berbagailah lagi.Tapi bahagia yang dijiwa itu nilainya bukan diotak atau angan-angan.Sebab jiwa itu kemahuannnya bukan lah material.Ianya kesejahteraan yang hakiki.Kita melayan anak-anak,itu bahagia.Kita berbusking,itu pun bahagia.Bersembang dengan kawan-kawan kita.Itu pun bahagia juga.Cerita-cerita yang biasa,bermuzakarah,berdiskusi tentang hidup dan mati.Itu bahagia.

Aku akan pergi kesitu jika ianya membawa bahagia.Ketidakbahagiaan akan membawa sengsara..lara dan tension atau tegang.Terpulang kepada kita.Duit banyak hati tak senang,pun tak guna juga.Duit tak adapun kacau juga..hahaha…tapi kita masih boleh berusaha untuk mencari duit.Sebab duit ceritanya hanya untuk didunia ini.Orang banyak duit atau setinggi mana kuasanya pun masih berak dan kencing juga,keluarnya jadi najis juga.Orang miskin pun sama juga..Lainlah kalau orang banyak duit berak,taiknya jadi emas atau taiknya tak berbentuk..hahaha..atau taiknya tak keluar melalui lubang usus.Michael Jackson pun berak sama macam kita juga kot.

Yang penting kita masih sedar,yang kita ini masih duduk dibumi yang nyata..he he..

Mungkin juga kita ini dari golongan atau kalangan yang gagal dimata orang banyak sebab,ye lah kita berserabut dan berselerak.Itu sebab kita meletakkan makna bahagia itu dijiwa,Bukan otak.Nak bercakap pasal Tuhan.Ianya bukan subjek material.Tuhan itu sendiri tidak berbentuk dan berupa.Kalau berbentuk maknanya masih berkehendak dan baru.Roh itu sebahagian darinya.Roh itu semangat.Ada dijiwa..Orang gila,pun bahagia juga..malah lebih bahagia dari kita yang berakal.Akal hanya membawa cerita-cerita dunia yang membawa kita kemana-mana didunia ini.Tanpa akal kita gila,putus wayar..Gila itu pembawaannya takdir dan suratan.Itu pasal orang gila tak ada masaalah.

Anggaplah hidup ini hanya sebuah lawak jenaka yang berpanjangan,nescaya kamu akan berbahagia dan nampak muda selalu.hahaha…

Jangan hairan tentang sikap dan watak manusia sebab itu peranan yang sedang kita atau mereka mainkan.Kejadian itu selagi berupa,ianya bukanlah luarbiasa.Ianya hanya sekadar watak.Ada watak jadi raja,orang politik yang menjengkelkan,orang pandai,orang bodoh,orang kaya,miskin,sederhana.Keterpesonaan itu tidak akan membawa kita kemana-mana.Pesona hanya untuk diri yang mengenal isi dan ceritanya,malah mempraktikalkan makna hidup dan kecintaan melalui hidup yang sedang kita lalui.Mencintai hidup itu samalah dengan kita mencintai pencipta.Bukan hanya dengan sebutan.Bukankah dia itu lebih memahami tentang kejadian dan alam ini?Kalau girlfren atau bini kamu..takkanlah setiap saat kamu nak ucap ‘i love u’..’u love me’..?Adalah lebih baik kamu bagi dia duit,buat dia beli perfume,coli atau seluar dalam..Cinta tak boleh bagi kita kenyang hanya sekadar dengan ucapan.

Bersederhanalah dalam segala hal..nescaya kita akan lebih mudah untuk meninggalkan dunia ini..Bila?anytime bro..anytime..hidup ini miliknya yang abadi..Kita hanya sekadar watak..Lebih baik kamu belajar untuk lebih percaya sebelum kamu akan mula percaya bila ajal kamu nak sampai nanti…he he..

Jom kita melepak..hahaha…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. takut2 ajal sakrat depan mata pun tak percaya lagi…
    peh! kita nampaknya semakin sebok melakonkan peranan kita

  2. “My life is my message.” ( Mahatma Gandhi )

    “He not busy being born is busy dying.” ( Bob Dylan )

  3. airsoya says:

    “Cinta tak boleh bagi kita kenyang hanya sekadar dengan ucapan. ”

    hahaha. teringat juga ada seseorang pernah menulis, “cinta bukan calculation”.

    harap tuan juga bahagia dgn proses2 tuan sekarang.

  4. manusia memang susah nak percaya benda-benda yang depa tak nampak depan mata

  5. bahagia dengar lagu SAKARAT..ha..ha

  6. airsoya:love bukan calculation?haha..ya itu betul bos!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.