Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

HIDUP DAN KEPENTINGAN…

0 comments

Untuk orang jujur hidup di pentas dunia yang penuh lakonan ini agak sukar sebenarnya. Jujur pada persekitaran, jujur terhadap apa yang di lakukan dan jujur kepada diri sendiri, banyak definisinya. Sukar untuk bersikap jujur kerana kita hidup ini berhubung dengan sekeliling dan persekitaran. Kita antara sesama makhluk sama-sama berkepentingan sebenarnya, tak banyak, sedikit. Ini kerana hidup ini berbekalkan nafsu kecualilah jika kita ini suka bercakap dengan alam dan kejadian umpama pokok dan apa saja selain manusia contohnya.

Apabila kita dibekalkan dengan nafsu dan semangat, kita perlu ada daya untuk mencari ringgit kerana itulah tuntutannya. Tak banyak, sedikit. Ringgit paling perlu kecualilah seperti saya kata tadi jika kita ini tinggal di hutan banat seorang diri berkawan dengan alam. Apabila ini yang sedang kita lalui maka akan adalah babak suka, tidak suka, benci, seronok dan sebagainyalah sebabnya? Kita hidup berbekalkan nafsu.

Ada orang belajar ilmu usul atau mengenal dan cerita utama sepatutnya untuk kita meminimise kan kehendak duniawi seminimumnya. Pun jika terlebih faham kita sudah menterjemahkan makna alam ini mengikut faham kita pulak! Ha ha ha
Pandai itu bagus, terlebih pandai dah jadi masalah juga…Itulah sebab saya kata tadi, kita ini masih bernafsu…

Ada seorang kawan saya yang saya kenal rapat dan saya sangat hormat akan kejujurannya. Spesis seperti kawan saya ini memang ‘rare’ dan payah di temui di zaman yang serba edan ini. Kawan saya ni bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah kolej di bawah kementerianlah senang cerita. Kejujuran yang kawan saya miliki ni saya anggap anugerah dan saya salut beliau walaupun beliau masih muda dari saya.

Bekerja di bawah kementerian maka terdedahlah dengan kerenah birokrasi, rasuah dan penyelewengan yang sudah menjadi budaya biasa dalam masyarakat hari ini terutama dari kalangan pegawai atasan. Hal-hal tender dan sebagainya melibatkan ringgit yang banyak atas alasan untuk hidup mewah. Sebab gaji setakat dua atau tiga ribu mana cukup untuk kita hidup di zaman ini maka alternatifnya mana yang boleh dikaut, kita kaut cukup-cukup.

Pun begitu kawan saya yang jujur ni tadi apabila dia bersama-sama terlibat di kalangan mereka-mereka begitu, maka perhubungannya dengan mereka pun menjadi dingin dan tak bestlah. Kawan saya ni kalau dapat tender contonya, dia akan ikut prosedurnya secara telus 100%. Tidak akan ambil untung walau satu sen pun. Beruntung mana-mana syarikat yang mengambil beliau bekerja sebenarnya. Malangnya sikapnya yang sebegitu membawa masalah pula pada dirinya sendiri.

Sudahnya kawan saya ni dipinggirkanlah oleh pegawai-pegawai atasan yang tak suka sikapnya yang terlalu jujur dengan etika kerja. Bila tidak disukai maka banyaklah masalah yang ditimbulkan…gaji dikurangkanlah dan bermacam lagilah…

Maka teringatlah saya akan salah satu babak dalam filem Malcom x yang mana betapa upsetnya si Malcom apabila mendapat tahu hal dan sikap sebenar sifunya Muhammed Elijah yang tidak seindah yang beliau gambarkan.

Kita hidup mengikut level kefahaman masing-masing…saling menghormati adalah salah satu cabangnya. Memahami buruk baik sikap manusia juga salah satu dari nya. Hidup ini adalah permainan, maka ‘let’s play the game’…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.