Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

hidup dan mati..

16 comments

Aku menilai kematian itu sebagai suatu subjek yang mesti kita semua lalui,ianya lumrah ..dan ianya indah,yang perlu kita nanti-nantikan..Umpamanya kubur..contohnya,dulu aku ada baca novel Atheist karya Ahcmat K.Mihardja.dalam satu babak,watak Rosli mempersoalkan kenapa kita takut melalui kawasan kubur pada waktu malam?Berbeza dengan waktu siang..Malam sebab kita tak nampak,siang sebab kita nampak..malam gelap dan siang cerah..itu saja bezanya..Pun tak semudah yang kita fikir dan bayangkan juga sebenarnya..Persepsi pemikiran kita perlu berubah beb!

Kita kena positif..terutamanya dengan Tuhan…sebab kita sebahagian dari ceritanya.Kita watak-watak atau tajalli sifat alam ini dan kita sedang menterjemahkan makna hidup melalui apa yang kita tahu dan faham..

Selepas kematian arwah pak mertua,aku diminta untuk membikin satu sajak untuk arwah..Aku pun bikinlah..Selepas 10 minit siaplah sajak yang ditulis..Mungkin berkesan dan keluarga bini aku pun menangislah bila membaca sajak yang ditulis..Aku tak galakkan kita bersedih sebab ianya hanya mainan perasaan yang telus,dan ugama pun tak menggalakkan begitu..Kalau kamu ingatkan arwah,sedekahkan Fatihah itu lebih bermakna dan berfaedah..Sedih sedih ni semalam beb…Hidup perlu terus..yang wajib kamu percaya,Roh arwah telah kembali kepada yang empunya Roh..Rahmatullah..Aku punya keyakinan untuk itu..100%..Dia bukan milik kita,dia milikNya..kita hanya menjalankan amanah yang diberi..untuk kita sementara masih didunia ini..

Yang masih bernyawa,teruslah merasai nikmat suka duka hidup ini seadanya kita..Aku pun tak tau esok lusa apa akan jadi..hehe..

Aku dan famili balik ke Ipoh hari isnin malam(16/3/2009)Sampai ke Sungkai Tren pulak rosak..tayar berasap..tersadai kat situ 2 jam..Sampailah ke rumah pukul 3 pagi..Kita estimate antara Ipoh-KL 3 jam atau lebih sikit je..hehe..Kamu tak boleh nak duga apa akan jadi dimasa akan datang hatta sedetik saat ke depan pun…

Dalam hidup ni kita punya peranan atau watak yang disediakan untuk kita..jadilah apa yang kita mahu..Dan selebihnya kita laluilah takdir kita seadanya..Dan jadilah seprang penerima takdir yang redha dengan perjalanan dan ceritanya..

Berkenaan cerita musik,adalah bersembang-sembang dengan kawan-kawan..Aku suka lepak di Bangsar.di restoran Mydin..lepak dengan Rahmat dan Black…Aku dok fikir ginilah..Aku lebih suka menonton si Black atau Nik atau Nan menayanyi dari menonton show Iwan Fals atau Bob Dylan..Dan aku lebih suka menonton Rahmat atau Pyanhabib baca sajak dari menonton Rendha..Aku lebih suka menghargai yang ada disekeliling aku dari menghargai yang aku tak kenal..tarak soul..Dan kalau Fals lalu depan aku pun,aku tak rasa aku akan sapa dia..tapi kalau Black,NanĀ  atau Nik lalu..Sudah tentu aku akan sapa..hehe..Bukanlah maknanya aku tak suka Fals..cuma aku suka realistik..Kita kena menghargai kawan-kawan kita beb..Kita kena support antara sesama kita..Dengan itu kita akan jadi lebih besar dan kukuh..Jangan duduk dibawah bayang-bayang sesiapapun..sebab semuanya itu bukan kamu..kamu kena jadi kamu…Kalau kamu tak kenal kamu,kena juga cari jalan macamana kamu boleh kenal kamu..hehe..

Kita cuma ada hari ini..semalam dan esok bukanlah milik kita..Saat yang sedang kita lalui adalah saat kita menikmati nikmat hidup seadanya..Selebihnya takdir..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. sajaknya tak lah seindaah daan sesedih mana pun..bila projek program bawah pokok kita ni nak dibikin…?byk kawaaan2 dah tertanya-tanya ni..aku dok menepis sana sini jer..haha

  2. ok,bikin 1 announcement baru..kasi promo sikit,jemput kawan-kawan…..aku turun..heheh

  3. dulu pun gua mau jadi m.nasir sampai arwah loloq kata gua punya perangai pun macam dia..

    itu semalam! hari ni gua dah jadi gua

  4. Nan Blues says:

    Gitulah sepatutnya.Org yg kenal diri takkan peduli tentang kehebatan org lain.Fals ke..Nasir ke..Ramli Sarip ke..Ito ke..Jamal ke..Setan ke.Cuma hormat pada yg tua,sayang pada yg muda.Hebat hanya Tuhan.Kalau kamu yakin..kamu boleh jalan atas air!

  5. gua suka entri ni……sebab gua baru nak belajar kenal diri sendir…tapi masih tak kenal kenal lagi….
    mungkin sebab tu rasa diri ni kecik ja…bila dok sembang2 sama nasir…..

  6. Osman Tikus ajak tengok dia di KOLISIUM bro..ha..ha

  7. bila tu?haha

  8. Keluarkanlah Sajak tu Meor….
    Teringin pulak rasanya nak membaca sajak tu….

  9. woit! kenal diri wajib! baru kenal Pemilik Diri..haha!

    sabtu ni 28Mac jom gi coliseum..pukui 12siang..tengok Osman Tikus

  10. haha…nanti la aku kasi

  11. Insy wa ngan Ben turun Bro…jom la…wa da 2 kali miss megeteh dgn lu.

  12. woih, hanim ajak piknik bawah pokok berhantuu tu, watercanon datang, mamposss, hah ha! (bila la gua nak tercabul turun ipoh, isyyy)

  13. hahhaha,lu byk peminat bro..osman tikus masih byk peminat..kalau lu ada,gua gerenti org ramai akan datang ..hahaa

  14. shahrizalisme says:

    Gua pun minat Osman Tikus…

    “Yang penting Lu dengan Gua mesti terus hidup”

    “Kita mesti terus hidup!”

    Osman Tikus-Kembara Seniman Jalanan 1986

  15. manakah teman2ku?yang sama berjuang dahulu?hilang sudah…hilang sudah….M.pasir kena nyanyi balik lagu2 dalam filem ni utk mengingatkan roots dia..

  16. KEBENDAAN MENGGELAPKAN..lupa dengan perjuangan..lupa sudah..lupa sudah..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.