Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

hidup dan muzik dan alam

1 comment

Lama tak menulis,idea beku atau mungkin mood nak menulis tak ada..mood disebabkan oleh jiwa yang lara membawa bahagia..bahagia adalah seadanya kita yang bernama manusia..Tapi inilah namanya hidup,sebab dulu nak sangat mati,bila tak mati dibaginya hidup dan nikmat-nikmatnya…dah tak nak pulak tinggalkan dunia kalau boleh..hahaha..
Pun aku sebenarnya sibuk..la ni dah bukak kelas gitar..menyeronokkan juga..sebab yang ini berniaga juga namanya,cuma tak macam masa bekerja di yamaha music dulu..segalanya calculative..yang ini kita ajar secara santai,apa yang student nak kita ajar je..kalau dulu kena step by step..itu sebab kita anggap kita makan gaji.Separuh duit fees dikasi pada majikan..kita kuli..Aku pun dah lama tak tulis gitar tablature..bila student nak cara finger-picking dan solo untuk lagu yang agak rumit macam ‘You’ve got a friend’..James Taylor..tu yang aku terpaksa ingatkan balik..Tapi bagus juga sebab disamping mengajar kita turut belajar juga..James Taylor teknik finger-picking dia sangat menarik,dan taklah semudah yang kita sangka kita boleh buat..tapi kena praktis lah..bagi aku free style adalah yang terbaik sebab ianya tak statik..Dan masaalah pembelajaran yang utama adalah counting..yang ini kita boleh selesaikan dengan membeli ‘metronome’..manual atau digital..Kalau rythm atau cara kita main konsisten itu oklah..cuma kalau beginner atau yang jenis belajar sendiri biasanya akan jadi masaalah ‘counting’ berterabur ni..Aku pun dulu berterabur juga..ianya proses..

Pun juga sempat mengikut Rahmat ke Memali untuk projek documentary dia..1-2 hari juga kat sana..berjumpa dengan orang-orang sana yang ramah-tamah dan sangat berbesar hati atas kunjungan Rahmat dan kawan-kawan.Aku supporting actor,Black pelakon utama..berpeluh-peluh dia ..Susah nak jadi pelakon ni sebenarnya..Bini dok mesej ingat aku bersukaria pulak kat sana?ha ha ha..Adoi..tu sebab kena nyanyi lagu Dylan je..the answer my frens,is blowin in the wind..ha ha ha..Segalanya berjalan lancar..Rahmat pun berpuashati..ya lah,dia kan ke directornya..yang buat kita puas hati..sebabnya perjalanan shooting berjalan dengan sangat lancar..Mungkin sebab karamahnya para shuhada disana yang terkorban masa trajedi Memali kot..angin dan alam seolah setuju dengan perjalanan atau proses documentary tersebut..

Apapun..itulah watak-watak kita didunia ini..selebihnya adalah semalam…:)

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. shahrizalisme says:

    mengingatkan aku kepada
    dokumentari ‘Romantik ISA’ arahan si Hakim.

    Rahmat dan Black juga diinterview dlm ni…
    Bila nak keluar dokumentari Memali ni bro?

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.