Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup ini indah

0 comments

Bohonglah jika saya katakan yang saya tidak berkemahuan dalam hidup ini. Kita manusia masih berkehendak akan itu ini. Cumanya saya boleh katakan dalam usia yang begini, kehendak dan ghairah saya semakin menguncup. Ianya kehendak jiwa. Sayapun semakin biasa-biasa sahaja rasanya dalam meraikan hidup ini.

Banyak proses yang perlu kita lalui. Di permulaannya memang ada ghairah. Ghairah akan kejayaan, ghairah akan pujian, ghairah untuk menjadi hero. Di pertengahan jalan, ghairah pula untuk mengenal diri. Disangka jika mengenal diri dunia ini kita yang punya. Disangka jika mengenal diri kita akan berada di awang-awangan sambil duduk diantara langit dan bumi.

Namapun kita ini hanyalah pengembara. Dia yang membawa kita ke mana-mana. Dia yang mengembang dan dialah yang menguncupkan kita. Sampai saat ini saya merasakan yang perjalanan saya ini semakin menguncup pula. Ha ha ha
Saya mencintai muzik. Itulah yang saya gaulkan sehingga segalanya menyatu menjadi satu. Setelah lama berjalan barulah nampak hasilnya hari ini. Ini bukan cerita satu hari satu malam. Ini 20 tahun punya perjalanan barulah menampakkan arah dan hasil.

Saya melalui berbagai pengalaman hidup yang realistik dan tidak hensem sepanjang berjalan di lorong yang saya pilih sendiri atau diperuntukkan untuk saya. Segelintir menghormati pun banyak juga yang memandang sinis. Saya pernah bermalam di lokap selama 5 hari 4 malam, dicekup gara-gara disuspek penagih dadah. Saya pernah dihalau sewaktu busking di sebuah kedai makan di restoran Brickfield. Saya pernah busking di Uptown, pulang jam 5.30 pagi menaiki bas dari Uptown Damansara ke KL, bulan puasa pulak tu. Ha ha ha

Saya pernah menaiki motorsikal dari Kl ke kampung saya Bruas, Perak sana. Perjalanan yang sejauh 280km, semata-mata berjumpa mak saya, meminta bantuan kewangan sedikit untuk membeli baju raya anak-anak. Maklumlah raya tinggal 4-5 hari, duit untuk belanja raya tak cukup. Ha ha ha

Saya juga pernah bekerja di hotel bahagian kitchen. Kerja saya mencuci dapur hotel. Waktu kerja dari pukul 11 malam hingga 6 pagi. Siang pula saya busking. Pernah selepas habis waktu kerja pukul 6 pagi saya terus bergegas menaiki bas ke Temerloh kerana dijemput untuk menjadi juri pertandingan karaoke. Dengan bau busuk dengan kasut kerja yang kotor saya menaiki bas. Ha ha ha..

Itu semua adalah perjalanan yang realistik. Itu semua adalah nyata dan tidak hensem atau penuh dengan kemilau bintang di langit yang mengiringi perjalanan hidup saya.

Apa yang membuatkan saya masih lagi hidup dan masih berkarya sehingga hari ini? Semangat. Saya bercita-cita untuk menggauli dunia pemuzik jalanan. Itu yang saya lakukan. Di permulaannya memang ada keseronokan namun ianya umpama kita menatap panorama indah di tasik yang mendamaikan jiwa. Hanya panorama yang kadang-kadang lebih fantasi ceritanya. Kenyataannya dunia busking bukanlah seindah yang saya gambarkan. Namun itulah kehendak jiwa.

Kehendak jiwa kita ni dia bukannya nak yang hensem-hensem sangat. Semuanya cerita yang real, semuanya ujian, semuanya cabaran.

Apa yang menariknya hidup ini? Yang menariknya apabila kita masih merasa yang kita ini dihargai oleh keluarga dan kawan-kawan yang memahami.

Semuanya pengalaman yang sangat mahal dan indah yang pernah saya lalui. Hidup ini memang indah. Sehingga bau tong sampah itu adakalanya seakan bau minyak wangi pula jika kita hidu betul-betul. Tak percaya? Cuba hidup betul-betul bila lori sampah lalu depan kita. Memang wangi baunya, seharum kasturi..Ha ha ha

Daniel Grafton “Dan” Hill IV[1][2] (born 3 June 1954 -Toronto) is a Canadian pop singer and songwriter. He had two major hits with his songs, “Sometimes When We Touch” and “Can’t We Try,” a duet with Vonda Shepard.
Another one of his hit songs was “It’s a Long Road”, which he recorded for the 1982 action movie First Blood. In 1985, he was one of the many Canadian performers to appear on the benefit single “Tears Are Not Enough” by Northern Lights. Although he had many hits in his native Canada, further singles did not fare as well in the United States, where, after “Let the Song Last Forever” in late 1978, he went almost a decade without cracking any of Billboard’s singles charts.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.