Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup ini perjalanan

0 comments

Kita sedang berjalan-jalan kerana kita adalah pengembara. Kita singgah dari satu musim ke satu musim kerana itu memang sifat kita yang tak pernah puas dengan apa yang kita ada dan miliki. Sampai di satu musim yang kita rasa udaranya segar untuk jiwa, kita pun berkata,” inilah sudahnya destinasiku”. Walau kita sebenarnya tidak pernah tahu melainkan hanya mengagak mengikut hukum akal yang kita kata kita sedang merasa redupnya alam maya ini walaupun kita tahu juga bahawa itu hanyalah jawapan untuk sebuah kelesaan.

Mungkin kita sedang keliru kerana kita sangat takut jika kita akan berpindah musim hatta sesaat ke depan. Tahulah kita bahawa hidup ini hanyalah sebuah perjalanan cuma.

Cerita tentang jiwa itu tidak kemana-manapun sebenarnya. Hanya berlegar di singgah-sana shahdu dan rindu. Shahdu yang berlebihan mungkin akan buat kita terperangkap dalam dunia angan-angan seperti di alam kayangan sana.

” Syorga itu tidak wujud, neraka juga tidak ada,” kata kawan saya yang berfahaman bebas dan liberal(katanyalah). ” Apabila kamu bercita-cita ke syorga, kamu telah lupa untuk apa kamu di sini sebenarnya,” katanya lagi. ” Oleh itu jika kamu ada rasa percaya kepada pencipta melebihi segala nikmat dan ganjarannya, kamu perlu belajar bagaimana untuk memadamkan angan-angan”. Saya simpan kata-katanya suatu waktu dulu, anggap ianya sebahagian dari kata-kata yang penuh ilmiah untuk kita renung dan fahamkan.

Kita harus menilai kehidupan ini pada hakikatnya. Apabila kita belajar untuk memahami, kita akan mudah untuk lebih memaaf atau meminta maaf akan setiap salah dan betul akan apa yang telah kita lakukan.

Kita juga harus melihat dunia ini seperti mata burung yang mana dari situ kita akan lebih bersikap adil dan saksama terhadap alam dan kejadian. Jika kefahaman kita terbatas, apa yang kita boleh expect yang kita akan bercakap lebih dari apa yang kita tahu sebenarnya?

Bukankah seorang pengembara yang benar itu kerjanya mengembara sambil mengutip setiap pengalaman dan kejadian untuk dijadikan renungan dan iktibar? Maka dari situ akan penuhlah isi di dadanya dengan ilmu demi untuk subjek kebenaran.

Mudah-mudahan…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.