Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup ini perjalanan..

0 comments

Tidak ada apa keajaiban sangat yang mampu kita harapkan dalam kehidupan ini. Segalanya adalah cerita cerita sedih dan suka yang perlu kita lalui. Dari minggu lepas sehingga ke hari ini peratus kepercayaan dan ingat saya masih di tahap proses untuk ke satu level yang masih boleh dipersoalkan jika ada alasan untuk itu.

Kita tidak perlu menjadi ‘ Peter Pan’ yang hidup dalam fantasi di dunia kanak-kanaknya. Di dalam dunianya, dia adalah hero.

Waktu saya di sekolah menengah dulu, saya suka bermain bola dengan junior sekolah saya. Saya di tingkatan 3 waktu itu, dan geng saya bermain bola ni budak-budak lagi yang umur mereka dalam lingkungan 9-12 tahun.

Saya suka bermain dengan mereka kerana saya akan kelihatan hebat bagi mereka. Saya boleh mengelecek 10 orang pemain dan mereka memandang saya sebagai seorang hero dan pemain bola yang handal.Ha ha ha

Apabila saya bermain bola dengan geng-geng sebaya atau yang lebih tua dari saya, saya akan kelihatan biasa dan terpaksa bersaing dengan mereka-mereka yang jauh lebih handal dari saya. Jadi memang lecehlah!

Beberapa hari yang lepas saya berjumpa dengan kawan saya. Dia memang manusia yang pelik, sangat unik mungkin. Terlalu telus pun mungkin juga. Pelik kerana dia akan menceritakan tentang dunia langitnya kepada saya. Langit adalah hakikat. Hakikat itu ilmu ‘rasa’. Cuma kawan saya ni dia menzahirkan apa yang ada di dalam rasa. Contohnya dia bertanya pada saya tentang arwah Loloq, kemudian katanya dia selalu berjumpa dengan Loloq di alam selepas matinya. Saya suka melayan kawan saya ni berlabun kerana ceritanya bukan cerita yang biasa.

Katanya lagi Loloq kini berada di alam kayangan sana bersama para dewa. Bob Marley pun sama juga, di alam dewa. Maknanya masih tak lepas lagi, kerana katanya dia perlu melepasi jabatan imigresen di kerajaan langit sana jika ingin kembali kepada penciptanya.

Saya nak ketawapun tak sampai hati kerana kawan saya ini serius bercerita. Ceritanya pula sangat detail dan seakan betul pada dialah. Jadi saya layan je dia bercerita, cuma saya pernah katakan pada dia, dia boleh kaya jika buat skrip filem atau drama-drama fantasi, kayangan atau apa saja yang ada di alam yang di sebelah sana. Untuk saya percaya pada apa yang diceritanya sangat mustahil rasanya kerana prinsip saya mudah. Yang zahir itu zahir dan yang batin itu batin. Kalau nak zahirkan yang batin itu payahlah bagi saya.

Akhirnya dia katakan pada saya, dia bercerita mengikut kefahamannya. Itu saya bersetujulah sebab dia yang melaluinya, mungkin dia berada dikalangan mereka yang terpilih, tapi itu bukanlah masalah saya pula. Dia terpilih atau tidak itu hidup dan dunianya. Dunianya adalah pilihannya sendiri. Yang penting kita bahagia dengan apa yang sedang kita lalui.

Semalam saya berjumpa pula dengan kawan baik saya waktu sekolah dulu. Seorang sudah bersara sebagai seorang tentera dan seorang lagi bekerja sendiri.

Kami pun berlabun sakanlah juga. Saya respek kawan saya yang sudah menjadi pesara tentera itu. Selepas habis tempoh perkhidmatannya di dalam tentera selama 22 tahun, dia mendapat duit kwspnya dalam jumlah yang agak besar bagi golongan working class seperti kita. Dengan duit itu dia menyimpan di dalam koperasi tentera. Setiap tahun dia akan mendapat bonus sebanyak 15 peratus. Selain itu dia akan mendapat duit pencen sebanyak rm 1700 setiap bulan. Apa lagi yang dia mahu dalam hidupnya? Rumah ada, kereta ada, anak-anak ada.

Saya katakan pada kawan saya ni yang saya cemburu dengan apa yang dia dapat hari ini. Saya masih perlu bekerja keras untuk mencari duit.
Kawan saya ni boleh goyang kaki, enjoy dalam kehidupannya. Setiap bulan dapat gaji, simpanan banyak..Ha ha ha

Jelas terpancar kepuasan dalam hidup dia.

Semalam kita menyambut hari ibu. Setiap hari adalah hari ibu. Tanpanya mana mungkin kita berada di sini waktu ini.

Emak saya sudah berusia 86 tahun dan sedang uzur sebenarnya. Tolong doakan kesejahteraannya. Insyaallah.

Lynyrd Skynyrd – Simple Man

Mama told me when I was young
Come sit beside me, my only son
And listen closely to what I say.
And if you do this
It will help you some sunny day.
Take your time… Don’t live too fast,
Troubles will come and they will pass.
Go find a woman and you’ll find love,
And don’t forget son,
There is someone up above.

(Chorus)
And be a simple kind of man.
Be something you love and understand.
Be a simple kind of man.
Won’t you do this for me son,
If you can?

Forget your lust for the rich man’s gold
All that you need is in your soul,
And you can do this if you try.
All that I want for you my son,
Is to be satisfied.

(Chorus)

Boy, don’t you worry… you’ll find yourself.
Follow you heart and nothing else.
And you can do this if you try.
All I want for you my son,
Is to be satisfied.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.