Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

HIDUP NI MACAM NI LAH, NAK MACAMANA LAGI?

0 comments

Saya tak pernah celebrate atau raikan majlis hari jadi sebenarnya. Tidak ada kek, hari lahir hanya satu hari yang sama seperti hari-hari lain. Saya mengharungi kehidupan dalam bentuk yang sangat sederhana sebenarnya. Pun untuk isteri dan anak-anak, saya akan meraikan hari lahir mereka kerana mereka perlu menikmatinya, terutamanya anak-anak.

Zaman kanak-kanak saya tidak pernah melalui semua itu. Tidak ada apa untuk disambut. Menjelang usia dewasa pula kita telah hilang nikmat keseronokan sebagai anak muda.

Orang suka muzik itu, saya suka yang ini. Mereka faham cara begitu, kita faham cara begini. Cara yang kita faham bukan semua orang boleh faham. Contohnya saya percaya sesuatu yang kita cari itu ada di dalam, mereka faham yang di luar. Jadi puja dan puji itu tidak ke mana-mana sebenarnya, melainkan hanya berlegar di lembah angan-angan yang berpusat di minda kita, jika kita letakkan ia di sana. Pun bukanlah hak kita untuk menghukum itu ini.

Pun baru-baru ini selepas balik dari busking dan mengajar gitar di rumah student yang terletak di Selayang, se habis saja kelas saya pun pulang. Sampai di rumah, isteri saya sudah hidangkan kek yang dibuatnya sendiri untuk saya.

Anak-anak menunggu saya pulang dengan sabar untuk sama-sama meraikan hari lahir saya. Saya terharu juga dan berterima kasih pada isteri saya yang bikin kek untuk kami sekeluarga raikan.

Sejak anak saya Adam disahkan mengidap penyakit Autisma 11 tahun lalu, nilai seronok saya dalam menikmati keindahan dunia dan materi sudah berkurang separuh atau 50 peratus tahap gembira. Inilah kehidupan. Tidak semua yang kita impikan, kita akan dapat. Selamanya saya masih sukakan mood yang redup dan murung…macam filem-filem gothic Tim Burton..Lagu-lagu pun saya sukakan mood-mood yang sebegitu.

Saya cuba buangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlegar di fikiran. Sebab akal fikir kadang-kadang akan bawa kita jauh ke wilayah syak dan wasangka. Pernah dan selalu juga kadang-kadang saya terfikir akan sesuatu yang membimbangkan, akhirnya saya tidak dapat tidur sehingga pukul 6 pagi. Sudahnya terpaksalah fokus semula apa yang kita selalu lupa.

Kita fikir perkara yang negatif, itu tidak akan membawa kita ke arah yang positif. Bila jiwa kacau itu sangat leceh sebenarnya. Itu bagi saya neraka yang nyata. Kita perlu kosongkan fikiran kita dan pentingkanlah kesejahteraan jiwa kita. Apabila jiwa tenang, segala yang bermanfaat akan singgah diam di sanubari kita.

Sedetik kita dapat merasa kehadiranNya, itu sangat berharga sebenarnya. Perhubungan antara kita dan dia itu perlulah bersambung dan tidak putus. Apabila lupa, kita leka…kita akan merasa kehilangannya walau dia sebenarnya tidak ke mana-mana.

Sehingga hari ini, saya cuba untuk menerima apa saja yang datang dengan lapang dada…ada masanya kita kandas, ada masa kita lolos..itu biasa..hidup ni macam ni lah, nak macamana lagi?

Macamana pun album REDUP dan NOSTALGIA sudah berada di pasaran..cepat atau lambat dapatkanlah sekarang atau kemudian…T/kasih

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.