Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup yang redup

0 comments

Paerjalanan ini memang tidak kita pernah akan dapat menduga apa cerita dan mimpinya. Kadang selalu sangat kita leka dan lupa dalam meniti usia yang menuju senja, segalanya semakin menguncup dan redup.

Saya rindukan suasana remaja. Bermain bola di padang bersama kawan-kawan sekampung, membonceng basikal ke sekolah yang jaraknya 6 km dari rumah, bila sampai ke sekolah badan berpeluh-peluh. Bermain ping-pong dari pagi sampai ke petang. Begitulah kehidupan remaja saya. Bagusnya sebab waktu itu kita aktif.

Hari ini semua itu tidak ada lagi. Saya pun secara tidak langsung sangat memanjakan diri sehingga lupa akan hal-hal kesihatan. Kemudahan kadang melalaikan kita. Pemakanan juga buat kita sentiasa berselera sehingga satu tempoh yang mana akan buat kita terpaksa merenung semula dan mengambil sikap bersederhana dalam segala hal.

Sebenarnya sejak dua minggu lepas kesihatan saya kurang baik. Selalu saja pening lalat, tenaga pun tak segagah dulu. Jadi semalam saya menjalani ujian darah di sebuah farmasi dan sahlah saya kini pengidap Diabetes. Umur 44 tahun, inilah masanya penyakit-penyakit tegar akan mula mahu berkawan dan bermesra dengan kita. Kita tak nak, tapi dia datang juga..ha ha..Diabetes, darah tinggi, jantung….itulah..Semua itu akan datang pada kita bila sampai waktunya..jadi mahu tak mahu kena bersedialah…

Teh tarik minuman kegemaran saya sejak 25 tahun terpaksalah saya hentikan. Makan yang sedap-sedap pun terpaksalah dikurangkan..

Nikmat di dunia ini sifatnya pinjaman sahaja. Sampai masa dia nak ambil, dia ambillah..Teh tarik, itu satu nikmat dalam hidup saya yang telah diambilnya..Takkan kita nak komplen..ha ha ha..
Tenaga pun semakin kurang..busking lama-lama kita akan terasa penatnya..

Yang nyata semakin banyak kehendak hidup yang kita lalui dan ingini ini, prosesnya semakin menguncup dan redup.

Kenyataannya saya secara fitrahnya akan meraikannya dalam bentuk yang paling sederhana..

Atau kita akan merancakkan semula peranan kita dengan menyalakan semangat itu dan padamkan semalam yang telah berlalu? Sepatutnya begitulah kalau kita mahu hidup lama..ha ha ha..Hidup pun bukan kita yang tentukan, tapi untuk kebahagiaan semua..lakukanlah apa yang patut..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.