Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ikon dan Lennon

4 comments

Aku mula dengar lagu Beatles,tahun 80 dulu,agak lambat sebab duduk kat kampung,zaman Sweet Charity dan Blues Gang tu..hahaha..dan aku juga peminat Rock yang tegar..band rock pertama yang aku beli Iron Maiden,album Number of the Beast dan Black Sabbath..beli nya kat Dinding Supermarket..Sitiawan ..
Sesatu Band perlukan chemistry sebenarnya..umpama Lennon-McCartney(Beatles)Gilmour-Waters(Pink Floyd)Steven Tyler-Joe Perry(Aerosmith)Jonnie Mars-Morrisey(The Smith)Elton John pun memerlukan Bernie Taupin untuk lirik-lirik lagu dia..itu sebab Chemistry.

Berbalik pada John Lennon(9/10/1940-8/12/1980)..Dia ni ikon yang masih relevan sampai bila-bila..Dan karakter dia dah mula terbentuk sewaktu Beatles mengecap populariti di awal pembabitan mereka diawal tahun 60an dulu.Sikap atau attitude dia yang rugged,senget dan tigasuku sudah boleh kita nampak sampailah dia keluarkan statement Beatles lebih popular dari Jesus..hahaha…Dia memang dipilih Tuhan untuk jadi legend..dan aku juga suka Harrison,dia ni space..spiritual dan penuh dengan elemen hinduism dan free spirit dalam jiwa dia..lagu-lagu dia dalam Beatles macam something dan while my guitar gently weeps memang berkualiti..dan yang paling aku menyampah dalam Beatles Paul McCartney,dia ni belia 4B kampung dusun..tapi aku sangat kagum dengan lagu-lagu yang dia bikin..dia yang terbaik dalam Beatles dari segi songwritting..sampaikan lagu-lagu dia diangkat sebagai salah satu lagu yang terbaik diabad ke 20.Lagu hit nya Yesterday dinyanyikan oleh 3,700 orang artist diseluruh dunia..dari segi penciptaan lagu,aku respek habis McCartney..long and winding road,Martha my dear,i will,here there and everywhere,yesterday,another day,a day in the life,eleanor rigby…banyak lagilah..Cuma McCartney masih bergantung pada Lennon juga,sebab Lennon banyak buat lirik untuk lagu-lagu McCartney..jadinya hak cipta dan karya atas nama john-McCartney..dan jadinya juga dua orang ini yang paling kaya dalam Beatles.. kita boleh tengok karakter atau watak-watak dalam Beatles..semuanya ada direction atau misi..Lennon dengan dunia dia yang mengalahkan pemimpin-pemimpin dunia dengan lagu dan misi aman dia untuk dunia.McCartney dengan dunia bisnis dan star dia yang cerdik-cerdik bodoh,Harrison dengan dunia spiritual dia dan Ringgo dengan dunia filem yang tak berapa gemerlapan dia..Ringgo pun menyanyi jugak dalam beatles dan lagu-lagu yang dia bikin simple je..banyak ke rentak county sikit..yellow Submarine,dont pass me by,octopus’s garden,dan dari segi permainan drumnya..memang diakui dan Lennon pun respek mamat ni dari segi permainannya..

Orang atau kita yang suka pada elemen rugged akan rasa berbangga kalau dapat pakai baju gambar John Lennon..sebab dia ikon untuk bangsa manusia..gambar McCartney?hahaha…cute sangat mamat ni..

Aku tak tengok Lennon ni macam orang putih atau apa agamanya..dia ni mewakili semua bangsa..dan dia memang revolutioner..

Apa lagi nak dikata,aku memang membesar dengan lagu-lagu Beatles..aku hafal 80 persen lagu-lagu Beatles masa start main gitar dulu sampai dok kat KL tahun 85 dan 86..aku beli buku lagu let it be..cari semua lagu-lagu Beatles,dulu buku let it be,tak la mahal macam hari ni..aku beli dalam harga rm 40 je ditahun 85 dulu..mana yang tak ada dalam list,aku pergi buat dubbing dari record ke kaset di Pertama Complex..dululah..la ni pun dah banyak lupa lagu Beatles..ha ha ha..tapi masih ingat juga kalau setakat nak Busking..
Dulu aku sampai tulis lirik ‘Across the universe kat baju pagoda yang aku lukis gambar yang berkonsepkan ..living is easy with eyes close,misunderstanding all you see…hahahahha..

Aku ingat lagi masa Paul Gilbert(Mr Big) buat guitar workshop di Bentley music,tempat kerja aku tahun 1995 dulu…bilamana sorang mamat tanya..macamana nak improve skill permainan..Gilbert cakap..’you just listen to the Beatles’..ha ha ha..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Cakap pasal “Dinding Supermarket” gua gelak sampai retak! Masa tu banyak cassette cap ‘Tapak Kaki’ kan? Kah kah kah!

  2. baru je tadi teman dok try cermin mata bingkai bulat ala-ala Lennon dan Gandhi.

    ;p

  3. karya lennon, rendra, da vinci bagi gua hidup karana roh mereka beserta dengan karya mereka. stand mereka ada di dalamnya..ramai org berkarya tapi bukanlah dari dalam jiwanya sendiri kadang2 dan stand atau pendiriannya kdg2 berlainan dgn karyanya..

    bagi gualah…sebab tu ramai org boleh hasilkan karya seperti mereka tapi mereka gagal jelmakan diri mereka didalamnya

  4. band rock pertama yang aku beli Iron Maiden,album Number of the Beast dan Black Sabbath_Meor

    kawe x beli,korek2 koleksi arwah abg kawe,terjumpa Iron Maiden,album Number of the Beast.Abg meor,jumpa lagi di C.M.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.