Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ikon dan musik-2 Pentas kita,Karya Kita..

ikon dan musik-3(kecewa bukan mati)

4 comments

Kekecewaan bukanlah kematian,sampai kamu dah putus-harap dalam hidup.Ianya cuma proses untuk memajukan tahap yakin kita pda fitrah alam dan kejadian.Jadi kalau kamu frust,jangan menonggeng..Kamu kena banyak merenung jauh kedalam diri,itu semangat kasi dia bangkit semula.Kalau kamu boleh melepasinya kamu akan jadi lebih baik dari kamu yang semalam.Tapi bila kita sedang duduk dalam kekecewaan memanglah kecewa.Jadi enjoy the moment and feel the pain.Hahaha.

Aku masa frust dulu memang menonggeng,ini cerita lama,17 tahun dulu,thats why aku boleh cerita,sebab kita bukan sedang duduk dimasa lalu.Kita sedang menikmati saat ini,hari ini.Sebab apa kecewa?Sebab dalam hidup ini kita selalu ingat hidup ini milik kita.Kita dapat dia,yang kita sayang dan puja,kita terlalu calculative terhadap ciptaan,walhal kita tau semuanya kerja Tuhan.Jadinya dalam satu hari ada 24 jam..Kita akan bilang i love u..berulang-ulang pada dia..ye lah,dah dia itu kita punya,dan dia pun akan bilang begitu juga..hahaha..Kita sebenarnya cuba mengambil alih kerja-kerja Tuhan.Kita cuba merangka perjalanan takdir sebagaimana yang kita mahu.Dan kita juga mengganggap segalanya akan berjalan baik,selagi ada perasaan.Tapi perjalanan perasaan bukanlah statik.Ianya kepercayaan yang hanya bermain diotak,bukan jiwa kita.Perasaan dan rasa adalah dua sentimen yang berbeza.Kita makan,kita yang rasa..sedapnya hanya diotak.jawapannya kita kenyang..lepas tu berak,jadi najis.jadi value sedapnya adalah dilingkungan perasaan cuma.Kamu makan nasi tak berlauk,kalau kamu tak ada duit.Pun sedap juga.Kamu makan dengan beraneka lauk pauk bagai dalam syorga.Pun sedap juga.Itu bergantung pada nilai individu itu sendiri.

Dua hati tidak akan jadi satu beb!!Itu cerita bohong nak menyedapkan perasaan.Dua hati tidak akan bersatu..Jadi apapun boleh terjadi.Untuk kebih detail tentang bab kasih-sayang dan hukum alam..elok kita baca buku Kahlil Gibran selalu.ha ha ha..

Apa yang ada pada kita hanyalah moment.Anak,bini,harta,kaya,miskin,itu semuanya bersifat sementara.Anak kita pun sampai masa dia akan tua,dan bila dia berumur dewasa,selepas akhil baligh value kasih sayang kita terhadap dia pun akan menjdi lebih rasional dan matang.Berbeza kalau dia masih kecil,kita agak excited dan seronok melayan kerenah dia.Sebabnya dia belum cukup umur,jadi itu tanggungjawab kitalah sebagai bapak yang masih punya sifat kemanusiaan,kecuali kalau kita bersifat iblis atau binatang..itu lainj ceritalah..

Siapalah kita tanpa kasih-sayang…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. yeah, lu hidup lagi!

  2. perjalanan perasaan bukanlah statik-Meor

    ermm betul.bukan tak tahu,kdg2 tak terlupa.

  3. cinta boleh fana oo…jgn memain…huhu….

  4. perjalanan perasaan bukanlah statik!

Leave a Reply