Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ikon..

15 comments

Dylan memberi impak dan pengaruh yang besar dalam karier muzik aku..Ianya suatu yang surreal,sebab ianya bukan sebab luaran,bahkan dalaman..membentuk peribadi,cita-cita dan mimpi seorang pengembara.Dylan?Suara tak sesedap mana,rugged,dan revolutioner.Dulu 1979..dikampung,mana ada info nak dapat pasal hal-hal muzik yang pelik macam gini.Dikampung ada Hail Amir,Uji Rashid,Latif Ibrahim,M.Daud Kilau,D.J.Dave..Bila Dylan sampai aku berubah dari segi attitude..Bahawasanya untuk menjadi seorang penyanyi itu tak perlulah pakai baju berkilat,atau cermin mata berkilau,berambut perang,berkot tebal walau dicuaca yang panas..Jadi pengaruh Dylan memang besar.Dan dari album Street Legal..terbentuk lah acuan muzik aku..dan dari situ aku cuba untuk ciptaa lagu dan lirik..tahun 83 aku dah buat lagu sendiri,berteman gitar tong brand Lark siang malam,pagi petang..ya memang betul kalau ada kawan-kawan yang kenal aku..akan tau aku akan selalu ada bersama gitar..ha ha ha..Aku pernah lepak rumah kakak di Kl..tahun 84 masa tu..gitar pun tak ada..memang tak tenang jiwa..kacau..gitar itu macam teman dikala suka duka kita.Ianya relate dengan perjalanan jiwa yang kacau,mencari arah dan jatidiri..haha..
Kemudian datang pula Fals,Ebiet,Gombloh..ianya sequal ..Cat Steven..pun bagus..banyaak saangat yang bagus..haha

Bila aku melepak di Pasar Seni..aku nampak soraang mamat..namanya Wahid..sejak CM dibuka 85-86 dulu..Wahid ni aku cukup hormat..dia ni rabak abis,pecah,haru perjalanan hidup dia..mungkin bahagia dia disitu..Apa sebab aku suka tengok wahid ni busking aku pun tak tau..cuma bagi aku dia pure..song selection bagus..semua song selection dia aku suka..floyd,dylan,beatles..Dan dia pun tak angkat port pasal hal-hal lain..suara macam Ritchie Haven..Jadi selalulah aku melepak tengok dia busking..Jadi kemahuan itu terbentuk dari influence yang boleh aku kata takdir..sebab ianya kemahuan jiwa,bukan materi..
Wahid..haha..dia busking pakai selipar jepun je,cermin mata pun pecah sebelah,seluar baju tak pernah berbasuh..ialah, itu hidup dia..
Nasir?bagus tapi bersalut plastik sangat..hahaha..bagi aku Nasir ni adalah satu subjek yang malang dimukabumi Tuhan ni..yang dia punya hanyalah semalam..thats it…

Akhirnya aku pun jadi Busker..itu hari busking ada sorang mamat down sindrom datang dekat aku..berbangsa Cina..bagi aku 20 sen..dia cakap”lu angkat ini wang,kasi isi perut sikit..”..aku cakap ‘tq’..

hari lain pulak ada sorang mamat dari Iran datang..dok belek album-album aku..baca artikel2 aku..kemudian pelik..dia tanya..this all ur album’s?ya thats rite…lepas tu dia tanya..why u play here?hahaha..aku pun nyanyi kat dia lagu’ blowin in the wind dan dont think twice,its alrite beb!!..haha..
aku memang suka busking..inilah yang aku suka buat..lain busker aku tak tau apa pendapat diorang..semua pun ada pendapat masing-masing..semua pun ok..dan semua busker bagi aku best!!..level diorang lebih tinggi sikit dari mana-mana artis yang kamu suka..hahaha..sebab selagi artis/singer songwritter itu tak busking dijalanan,bagi aku tak real..haha..banyaknya hari ni suka berfesyen..itu je la..itu bukan muzik..haha..selain tu menyanyi ..itu tak ada benda pun bagi aku..
kenyataannya?apa yang aku bikin pun bukannya ada benda sangat pun..tapi ialah..dimana ada bahagia,disitu aku suka untuk bermukim..selainnya?wallahualam..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. ha..ha..ha..tetiba je ari ni wa layan Keroncong,Kartina Dahari pulak tu…Mus muliyadi…adussss rabakraban wa..ha..ha..aging sindrom..anyway budak sekarang tau ke keroncong..lu patut tulis sikit pasal muzik ni..just as a brief info bro..at least ia lebih sedap dari dangdut bagi wa..ha..ha..see you next week

  2. benludin says:

    susah dan mungkin takde penyanyi mainstream sekarang yg hanya berpagoda…:)

  3. KalabulMalami says:

    Salam bro Meor,

    Gua rasa lu jeles ngan nasir lah…lu tak buleh terima hakikat ke? yang lu sekarang berdiri diatas bumi nyata?Amat nyata dan amat terang? Dan lu pulak tak tau ke yang beatle tu bukan main smart atas pentas mainstream sampailah ke zaman hippy?Dan mereka tu pulak ber wang…

    Bro,
    Gua nasihat kan supaya lu cari identiti sendiri selain dari lu dengan imej rabak lu…bersepah kat Malaya ni manusia yang berimej rabak…

    Bro,
    Gua memang pernah tengok lu busking kat CM, tp gua tak minatlah..gua lalu aje..lu tau pasal apa? Gua tak tau apa lu nak sampaikan kat orang ramai..adalah lebih baik lu pegang gambus nyanyi ghazal..kurang2 boleh gak bgtau orang luar tentang muzik kat Malaya ni…Blues ke, apa ke..orang luar tak minat bro…

    Bro,

    Lu jangan kecik ati plak ngan pos gua..gua jangan kata main gambus..main gitar kapok pun tak pandai…tp gua ada telinga bro…

  4. kalabulmalami:gua tak ada hal bro..itu lu punya point of view..kita punya hak utk suka dan tidak suka..gua pun tulis atas gua punya point of view..mungkin ada yang setuju dan juga tak setuju..jadi kita bebas bagi pendapat tentang apa yang rasa..tq

  5. buat je apa yang patut..janji senang hati…..pilih jalan yg sesuai bertepatan dengan keadaan …yang lain…tunggu waktu temukan

  6. ..makan tengahari sambil layan keroncong memang asyik ape..idak pun Grover Washington pun layan gakkk..he hee..bro turun Ipoh lagi bagitau leh kita layan nasi daun pisang Chemor plak..hehee

  7. trima kasih la bagi diskaun itu hari meor, hehe.

    macam paham2 orang baru berumahtangga. 🙂

    semoga meor berjaya dalam hidup matinya. amin..

  8. anak bumi:no prob bro..selamat berumahtangga..u are there already,dt worry..just walk..:)

  9. KalabulMalami

    Gua tertarik dengan komentar lu. Mungkin kebanyakan orang kenal NASIR melalui appearance-nya, lagu-nya …mungkin termasuk lu dengan gua. Mungkin MEOR lebih arif sebab pernah bekerja dengan-nya.

    Lu punya pendapat sendiri, dan MEOR punya cara tersendiri. Itu gua hormat. Gua rasa MEOR tak perlu cari identiti. Rabak itu imej, tapi apa yang lu dengar, lu tengok itu MEOR. Bukan imej. Salam !

  10. Rizal Hadi says:

    Salam Sdr Meor,
    saya selalu juga ke blog ini tetapi tidak pernah memberi komen. setiap individu punya cara sendiri, tapi saya perhatikan sdr sesekali menyelitkan komen2 berunsur ‘Nasir bashing’ dalam tulisan sdr.

    Saudara berdiri atas kekuatan saudara sendiri, sering juga menulis tentang kerohanian justeru itu ‘Nasir bashing’ mungkin akan menyebabkan pendirian sdr di persoalkan.

  11. rizal:ya betul..sebenarnya tak apa maksud negatif pun..saya dengan nasir ok..dan kalau tanya diapun,dia masih kenal saya..sebab saya artis canggung mendonan thn 93-94 dulu,dan saya jadi artis pergi audition,dan dia suka..even dalam album saya under luncai emas pun 8 lagu dan lirik saya sendiri.cumanya saya yg pilih jalan begini..tak ada hal pun,sebab ini yg kita pilih..kalau saya nak pergi ke arah komersial..tak ada masaalah dulu..terutamanya masa album itu pdang…aku disitu 2003 dulu..
    byk member2 tau saya selalu usik nasir dalam bentuk yg provokatif..tapi masih nyanyi lagu2 dia masa busking/function..saya gelak je..
    cuma kalau kita bercakap pasal busking..tolonglah jangan dinilai golongan itu dari apa yang nak disampai..sebab apa yang kita blh expect dengan apa yang nak disampai oleh golongan busker..yang hanya guna tulang empat kerat menyanyi ditepi jalan..lagu ghazal?saya pernah bermainmuzik ghazal dalam function2 yg dibayar..tak ada masaalah..yg ghazal nawaz pun saya pernah main..khalayk yg menonton budak2 busking kebanyakannya mahukan hiburan yang santai..sebab mentaliti masyarakat kita mehukan hiburan..lagu2 cinta gitu..itu kenyataan..cumanya kalau majlis2 kesenian barulah saya akan nyanyikan lagu-lagu saya..adalah bagus kalau setiap orang yang lalu lalang memberikan sokongan dari segi ringgit walau seringgit pada golongan busker,tandanya menghargai apa yang mereka buat daripada berpersepi negatif,atau melihat dari segi nilai kelemahan dan kekurangan mereka..dijalanan biasanya saya tidak berminat utk berfalsafah dalam lagu..
    masa busking pun saya nyanyikan lagu asli,keroncong,apa saja asalkan muzik..tak ada masaalah..

    cumanya bila mendengar lagu,kita dididik utk mendengar apa yang disampaikan dalam lagu..apa yg nak diceritakan dalam lagu..bukan kita menilai artis itu kaya atau miskin,itu bab lain..kalau muzik melayu itu lagunya terlalu byk berkisarkan tentang percintaan yg remeh tak kira le ghazal apa pop semasa atau keroncong…ada yang serius juga,contohnya lagu-lagu lama 50an..byk yg tersirat,yg boleh kita kaji..

    selainnya ..tak ada benda pun..tq

  12. Rizal Hadi says:

    Salam sdr meor,

    terima kasih kerana sudi membalas komen saya. insyaAllah, saya akan bertemu sdr suatu masa nanti.

    salam.

  13. KalabulMalami says:

    Salam To Dear Pitt Brader,

    Terima kasih diatas maklum balas atas pandangan gua.
    Persoalannya bukan kah MEOR itu merupakan satu identiti?
    Pulang maklumlah pada orang yang punya nama untuk melonjak kan identiti nya sendiri, sama ada dia merupakan seorang searcher or refuser or drifter or resolver or guardian…or macam macam lagi.

    To bro Meor: Terima kasih atas balasan komen yang mana lu dengan jelas menunjukkan kematangan lu..kerana bukan semua pujian itu mengelokkan dan bukan semua kritikan merosakkan..

  14. wa sokong lu bro, tunggu bro basking lagu katak ha ha

  15. lagu katak?ok bro…haha

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.