Notes:
Ilmu itu penyuluh hidup
Kita hidup di dunia ni janganlah statik semata. Statik itu begitulah dari mula sampai habis. Saya belum jumpa lagilah cerita yang happy memanjang dari awal sampai habis. Ha ha ha
Pancaroba akan datang tanpa kita minta. Dua perkara sahaja. Menghadapi atau kita tinggalkan. Kesannya mendewasakan atau mengecewakan. Bagi saya kita bukannya diberi banyak pilihan pun dalam hidup ini, maka itu janganlah kecewa atau putus asa jika gagal.
Setiap subjek adalah ilmu. Untuk mendapatkan ilmu, kena belajarlah. Mana ada jalan singkat untuk itu. Jika kita nak lulus periksa, kena baca buku banyak-banyak. Baca dan fahamkan betul-betul. Itu jika kita nak lulus dan berjaya dalam akademik. Pun itu bukanlah solutionnya. Itu hanya sebahagian dari cerita tentang manusia.
Jika nak bercerita tentang orang miskin, kita kena memahamilah apa cerita mereka, jerit payah mereka. Kalau kita setakat simpati, bersedih bergenang airmata pun bukannya dapat mengubah keadaanpun. Kita tak perlu menjadi mereka, cuma bagus jika kita belajar untuk memahami dan bantulah sebab cerita dunia ini bukannya yang indah di mata semata. Siang dan malam itu pelengkap cerita. Kalau tanpa malam maknanya dunia ni nak padamlah.
Jadi itulah, ada seorang brader yang dipanggil Gold Man sudah dicekup oleh JKM. Brader ni busking, bukan mengemis mintak duit pada orang lalu lalang. Busking ni bukan setakat melalak pegang gitar je. Apa saja nilai seni yang ada pada kita, jika kita persembahkan walau di depan khalayak itu dikira sebagai satu kreativit. Dia kilatkan badannya dengan warna emas untuk menjadikannya unik. Dia tetapkan harga sebanyak rm 2 pada sesiapa yang nak bergambar. Terpulanglah pada public. Bukannya dia mengemis pun. Masyarakat kita bagi sayalah sudah maju dari segi pemikiran. Tapi itulah, Takkan benda mudah macam ni pun tak boleh nak faham? Saya rasa elok jika pekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat ni dihantar ke negara maju, berkursus kat sana, untuk mematangkan pemikiran dan memahamkan mereka dalam membezakan antara pengemis dan busking.
Dulu saya pun nyaris nak diangkut ke JKM Mersing gara-gara busking di Subway KLCC. Setelah saya jelaskan butir perkara dan tunjukkan kepada pegawai JKM itu fail biografi juga album-album saya , terkejut pulak pegawai tersebut. Tau apa yang dikatanya? ”Ini bukannya di Jerman bro, ini Malaysia”..Ha ha ha
Kalau ginilah , memang negara kita tidak akan maju dan ke depan dengan akta-akta lapuk yang masih diguna pakai. Kita ni dah di abad ke 21, bukannya di tahun 70an lagi.
MUZIK – Saya cukup salut dengan muzik padang pasir arwah Ahmadi Hassan. Dulu sewaktu kecil arwah bapak saya selalu memutarkan kaset-kaset lagu arwah. Sehingga hari ini saya berpendapat kalau dalam kategori nasyid, inilah muzik yang paling berkualiti, progresif dan bijak. Malang kita masih suka mendengar lagu-lagu nasyid yang tahap muziknya macam tadika. Tapi itulah yang kita suka…Ha ha ha














