Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

INPUT…

0 comments

Buku baru saya Syurga Yang Hilang sudah diedar dan dijual di sana-sini. Sambutannya sederhana sahaja tapi ‘moving’. Itu yang penting. Buku Sembang Tepi jalan dan Syurga yang Hilang boleh dapatkannya melalui saya juga di KL Sentral. Banyak yang keliru kerana covernya seakan sama sehingga ada yang tersalah ambil. Ha ha

Bersembang-sembang dengan novelis tersohor tanahair Ramlee Awang Murshid yang novel-novelnya berjaya dijual sehingga ratusan ribu unit buat saya kagum dan hormat atas kejayaannya. Sehingga digelar jutawan khabarnya dan bekerjaya sebagai penulis sepenuh masa. Katanya untuk jadi seperti hari ini beliau terpaksa menunggu selama 15 tahun. Hari ini setiap novel yang ditulisnya mendapat sambutan hangat . Para pembaca terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan autografnya. Kalau dulu katanya diawal tahun 90an sewaktu buku pertamanya dilancar dia menunggu dari pagi hingga ke petang tak ada seorang pun yang nakkan autografnya. Itu dulu..Ha ha ha..Tapi tak ada dulu tak adalah hari ini. Sekurang-kurangnya saya sewaktu pelancaran buku kelmarin ada juga seorang dua minta autograf..Ha ha ha

Hari ini ramai anak-anak muda semakin suka membaca dan ini satu perkembangan yang sihat untuk kita sebenarnya. Baru-baru ini ada dua orang anak muda berumur awal 20an datang bersembang-sembang dengan saya pasal buku saya. Katanya banyak yang dia tak faham sebab falsafah STJ berat. Saya kata tak perlu percaya dengan apa yang saya tulis tapi ‘input’ untuk masa hadapan. Kalau boleh jangan reject. Mana tahu mungkin berguna sebab hidup ini adalah proses yang panjang dan tak berpenghujung dan cara kita berfikir 20 tahun dulu tidak sama dengan cara fikir kita sekarang. Apapun anggap ianya knowledge atau pengetahuan untuk kitapun bagus juga. Berilmu akan buat kita jadi lebih dewasa, saya percaya itu.

Cerita-cerita saya sebenarnya lebih fokus pada dalaman dari luaran. Interprasinya ikut kefahaman pembaca cuma saya memang suka dengan subjek ‘tasauf’ yang lebih praktikal dan realistik. Semua kita punya faham masing-masing dan saya tahu itu. Secara personalnya saya suka jika seorang muslim itu suka mengamalkan syariaat dalam kehidupan ini. Solat itu selamanya adalah suatu yang baik dan bermanfaat pada jiwa kita. Sehingga ianya akan lebih bagus jika kita faham dan mempraktikalkan di dalam kehidupan ini apa yang kita doa dan janji di dalam solat. Mudah-mudahan kita akan jadi insan yang lebih redup pandangan dan visi.

Cerita dunia ini hanya setakat di dunialah sahaja.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.