Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

INSYAALLAH, ADA JALANNYA…

0 comments

Saya sering di tanya dengan satu soalan: Bolehkah hidup dengan busking? Saya cuma menjawab mudah – Boleh!

Saya percaya segalanya terpulang kepada diri kita sendiri. Jika kita menganggap sesuatu yang kita kerjakan itu sebagai satu kerjaya dan bukan setakat hobi atau aktiviti, maka bak kata si penyanyi nasyid yang popular ‘Maher Zen, “inysaallah, ada jalannya”

Pokok-pangkalnya kita perlu serius dengan apa yang kita lakukan.

Saya kira kita agak bernasib baik kerana di lahirkan di bumi Malaysia yang agak stabil. Lihatlah di Burma sana, masyarakat Rohingya contohnya, bagaimana keadaan mereka yang sangat daif dan lemah. Ditindas dan di nafikan hak mereka dalam banyak perkara.

Atau kita lihat di negara-negara Arab yang bodoh dan sombong itu, di bodohkan oleh sikap mereka sendiri. Bagaimana kita mahu hidup dalam keadaan yang huru-hara?

Sebahagian besar peratus kehidupan dan kelahiran manusia ke bumi atas ihsan dan nasib . Kita bernasib baik kerana tidak dilahirkan ke dunia sebagai orang yang cacat anggota. Kita bernasib baik kerana di lahirkan sebagai anak orang kaya, raja dan sebagainya yang gah dan indah-indah belaka. Pun kita tidak bernasib baik juga jika di lahirkan sebagai seorang anak yang cacat. Kita tidak bernasib baik kerana tinggal di negara yang mundur dan miskin sehingga langkah kita untuk maju walau setapak amatlah sukar.

Maka untuk menyedapkan hati kita akan hal ehwal nasib yang telah di tentukan ini, maka kita pun belajarlah bagaimana untuk memujuk hati yang tidak pernah puas ini. Bak kata orang putih ‘mind-set’.

Saya perhatikan warga-warga asing yang berhijrah ke sini untuk mencari rezeki, tinggalkan keluarga nun di kampung di negara mereka. Setiap sen sangatlah berharga. Hari-hari makan roti canai sekeping dengan air suam. Gaji rm 20 – rm 30 sehari. Tak ada kerja tak ada gaji. Dapat duit gaji mereka hantar ke sana. Di sini mereka sudah ‘mind-set’ bahawa hidup mereka adalah bangun pagi, kerja, kerja dan kerja…balik rumah tidur dan bangun esoknya kerja lagi. Pun mereka mampu tersenyum dan girang hati. Kita yang bergaji tiga hingga empat ribu pun masih tidak cukup. Ha ha ha..

Masalahnya adalah selera kita yang tak pernah cukup. Itu saja…Selera itu berkait dengan nafsu dan serakah…

Sewaktu awal saya bekerja di Bentley Music tahun 1995 dulu gaji cuma rm 750. Sewa rumah rm 350, baki itulah ada rm 300 lebih kurang, masih boleh hidup juga, bukan tak boleh. Cuma dalam keadaan kehidupan yang begitu kita perlu menghadapi realiti. Anak pun belum lahir lagi waktu itu, jadi kita hanya hidup seadanya sahajalah.

Semakin lama kita percaya dengan apa yang kita buat, saya percaya kita sudah berada di dalam pelukan takdir itu sendiri.

Intinya adalah yakin. Se yakin manakah kita terhadap takdir dan kejadian ini? Kita adalah takdir yang berbicara dan kerana tahap percaya kita kepada ceritaNya, kita adalah sebahagian dari ceritaNya…

Apabila ada daya kita untuk belajar bagaimana mahu mematikan angan-angan, maka bak kata si penyanyi nashid popular ‘Maher Zen’ “Insyallah, ada jalannya”…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.