Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Jalan

0 comments

Setiap manusia itu ada jalan dalam meniti takdirnya dalam hidup ini. Jalan sengsara atau bahagia itupun takdir. Harta yang sedikit mahupun banyak jika ianya membawa bahagia itu juga takdir.

Jalan itu lorong. Lorong itu suluhnya ilmu. Kita menilai setiap watak di dunia ini berpandukan ilmu mereka. Kalau di katakan ilmu itu bukanlah dalam skop ilmu ugama sahaja. Ianya merangkumi segalanya yang ada pada setiap kita. Jika kita menilai sesuatu itu melalui nilai keagamaannya sahaja, bagi saya itu tidak adillah pada kehidupan itu sendiri.

Berbicaralah tentang hidup yang nyata dan realistik kerana Kita ini di alam yang nyata. Bila di katakan nyata, apa yang kita terjemahkan dalam hidup ini perlulah berlandaskan kenyataan.

Saya percaya kepada setiap watak yang dijadikan Tuhan di dunia ini. Ianya jelas dan berperanan dalam mewarnai hidup, takdir dan ceritanya.

Kita melihat pengemis, mereka adalah watak-watak yang sedang bekerja. Memandang mereka jika ianya membawa prasangka yang buruk ke dalam diri kita bagi saya ianya adalah kegagalan kita yang paling nyata kerana mereka juga adalah sebahagian dari warna yang telah dipilih untuk menghiasi kehidupan ini. Tajali tentang sifat dan kejadian, itu harus kita fahami sungguh-sungguh.
Melihat anak kecil, mereka sedang meraikan watak mereka yang suci dan tanpa dosa. Yang berdosanya adalah kita jika kita tidak menghargainya.

Melihat golongan OKU, mereka adalah watak yang lebih istimewa dari kita. Kekurangan yang mereka miliki adalah ujian untuk kita agar lebih menghargai segala sifat dan kejadian di mukabumi ini. Kita dikurniakan akal yang sihat untuk kita tanamkan sifat-sifat yang positif di dalam diri kita.

Kita dikurniakan nikmat melihat, mendengar, merasa, bersuara agar kita lebih bermuhasabah perihal nikmat yang sedang dipinjamkan untuk kita. Maka marilah kita meraikan kehidupan dan watak-watak kita dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Jalan hidup di dunia ada yang berliku ada yang terus..Ada yang mencabar dan ada yang biasa. Yang kita perlu di sepanjangnya perlulah ada nilai untuk setiap watak kerana mereka itu sedang bekerja meraikan watak mereka di dunia ini.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.