Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Jenguklah ruang keterbukaan itu..

0 comments

Saya suka membaca artike-artikel bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri yang disiarkan di blog mahupun di akhbar. Saya berpendapat beliau adalah contoh orang yang beragama yang faham apa isi dan kandungan di dalam agama Islam itu sendiri. Tidak hairanlah banyak anak-anak muda hari ini yang seperti saya, salut atas keberanian beliau atas dasar kebenaran juga prinsip yang dipegangnya.

Malangnya orang yang seperti beliau ini tidak ramai, hanya segelintir sahaja. Apabila agama itu terllau dipolitikkan memang masaalahlah.
Saya bersetuju dengan pendapat beliau tentang isu murtad. Beliau berjaya menterjemahkan makna kehidupan ini sejujurnya. Maknanya kita di sini atas dasar insani.

Dulu sewaktu saya bekerja di Yamaha Music, saya banyak berkawan baik dengan Pastor, Paderi dan kawan yang beragama Kristian. Salah satu sebabnya kerana pihak gereja banyak membeli barang peralatan muzik di tempat saya bekerja. Jadi saya akan ke sana untuk setting sound system, audio dan sebagainya. Seperkara yang sangat nyata, mereka ini memang orang yang baik. Orang yang baik itu bagi saya bukanlah kerana mereka itu Pastor, Paderi mahupun ulama Islam kerana imej hanyalah sekadar imej semata. Nilai ikhlas yang di luar itu hanya terjemahan iman atau rasa kesedaran pada diri kita untuk jadi begitu atau begini. Yang saya lebih utamakan apa yang ada di dalam. Jiwa yang bersih itu yang kita mahukan. Ikhlas kita pada kehidupan ini biarlah kita simpan di langit sana.

Mereka membantu atas dasar kemanusiaan semata. Kita manusia sesama manusia ni saling menyatu sebenarnya. Roh kita satu..mungkin faham kita berbeza, tapi semuanya akan kembali ke situ juga. Mengapa di rumitkan keadaan sehingga menjadi nanah, luka dan berdarah?

Saya kenal baik seorang paderi di sebuah gereja. Beliau suka berkawan dan bercerita dengan saya, juga mengkagumi karya dan semangat saya yang berjuang dalam bidang seni secara indipenden. Salah satu sebabnya cerita saya banyak keluar di akhbar Star. Jadi akhbar Star ni orang Melayu bukannya nak baca sangat. Seperkara juga beliau melihat saya sebagai seorang manusia yang ‘humble’. Ha ha ha..Cuma satu hal yang pasti, beliau tidak pernahpun mempengaruhi saya untuk menjenguk ke dalam dunia dan pegangannya. Sayapun bukannya mudah untuk dipengaruhi juga, sebab kita jadilah apa yang kita ada sekarang. Apa masaalahnya?

Saya tidak ada masaalah atas dasar untuk mencari ilmu dan pengetahuan, belajar tentang apa agamapun. Mana ada agama menyeru umatnya berbuat jahat sesama insan? Kalau mereka ada agenda lain, itu bukan masaalah saya. Benih iman yang tertanam dalam jiwa saya cukup untuk menjadi pendinding untuk saya menjalani watak saya seadaanya. Benih iman itu bukanlah kita boleh capai dalam sehari dua. Ianya proses. Proses itu belajarlah. Inipun kita sedang belajar juga. Cuma di sini kita sedang mempraktikalkan makna hidup itu sendiri, bukan hanya teori semata. Yang masalahnya jika kita kata kita orang yang beragamapun dalam diri kita penuh dengan rasa hasad, tamak dan haloba. Itulah punca segala masalahnya. Dengan Tuhanpun kita nak berkira. Mana ikhlasnya?

Kita tak boleh expect semua orang akan ikut kita. Hidup ini bukan dalam bentuk uniform dan keseragaman. Kita bebas memilih cara hidup kita, asal kita tahu siapa kita dan siapa mereka. Itu bagi pendapat sayalah. Sayapun ada pegangan hidup yang saya faham dan anuti. Tidak ada beza dengan umat manusia lainnya, kerana tujuan kita ke situ juga, cuma caranya mungkinlah berbeza sikit. Pun sebagai seorang muslim, saya cubalah setakat kemampuan saya menyariatkan apa yang disuruh dan apa yang dilarang mengikut ajaran yang saya faham sejak lahir ke dunia ini. Tidak ada masalah, sebagai Islam itu jika kita faham ianya mudah. Semakin mendalami semakinlah kita faham. Semakin kita faham makin terbukalah hijab untuk kita mengenal apa itu jauhari, apa itu manikam. Jadi yang terbaik letaklah kebenaran itu di tempat yang paling atas, kerana Tuhan menyukainya. Insyaallah

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.