Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Jujur Yang Di Dalam

0 comments

Kejujuran itu bagi saya sangat subjektif subjeknya. Jadi saya suka menilai jujur yang di dalam. Jujur yang di luar itu kita semua sudah sedia maklum. Semua orang politik akan menjadikan ‘jujur’ dan kebenaran itu subjek utama mereka, atas apa yang mereka faham atas ideologi yang mereka bawa dan perjuangkan. Orang ugama pun begitu juga. Cuma yang di dalam itu lebih real, bagi sayalah.

Dari segi jujur, kalau bagi saya..orang gila itu paling jujurlah, sebab mereka boleh melakukan apa saja hatta berbogel di khalayak ramaipun mereka lakukan sebab akal waras mereka tidak berfungsi mengikut peradaban dan hukum. Dan mereka dikecualikan dari segala hukum duniawi sebabnya mereka itu gila. Jika mereka membunuhpun mereka hanya akan dihantar ke hospital bahagia. Hospital bahagia ada 2 saja, satu di tampoi dan satu lagi di Tanjong Rambutan, Ipoh sana.

Satu lagi adalah golongan yang meninggalkan nafsu duniawi, maknanya mereka ini digelarkan golongan yang zuhud. Atau boleh juga dipanggil orang sufi. Kita hidup di dunia ini berlandaskan nafsu yang mengikut ceritanya bertingkat-tingkat sampailah nafsu yang kamil, yang paling atas. Cuma selagi kita masih ada di dunia ini dan masih menghargai warna-warna hidup dunia, kita masih manusialah.

Dulu saya suka belajar ilmu mengenal diri, banyaklah guru-guru tasauf yang saya jumpa. Saya belajar juga ilmu-ilmu fekah ni cuma ilmu fekah dan usuluddin ni umum, semua kita sepatutnya dah tahu asasnya, buku-buku rujukan pun banyak dijual di kedai buku. Cuma yang saya faham kita sangat mahir tentang teori , tapi dalam bab menterjemahkan maknanya dalam kehidupan ini kita sering gagal, kerana biasanya kita kalah dengan tuntutan nafsu itu sendiri. Itu sebab masih berlaku kemungkaran dan hipokrasi di dunia ini, walaupun kita kata kita ini orang yang beragama dan mengikut hukum-hakamnya.

Saya belajar untuk ilmu pengetahuan atau mungkin juga desakan jiwa dalam yang berserabut untuk mencari jalan keluar, umpama kita tersesat di dalam hutan tanpa panduan kompas, jadi kita hanya berjalan dan berjalan, tapi biasanya ilmu alam ini ada lorongnya juga, masing-masing punya ceritalah.

Saya suka belajar ilmu ni dulu sebab ianya banyak bercerita tentang hakikat. Hakikat adalah sesuatu yang di dalam. Guru-guru yang saya kenalpun sangat provokatif, sangat kontra dengan hukum peradaban dan hukum-hukum agama. Ada yang ok, yang ko pun banyak juga. Ha ha ha..Kadang-kadang kita menilai mereka begini, rupanya begitu..Jadi benda itu satu cabaran bagi kita dalam menilai yang mana hak dan batil.

Cuma saya suka sebab mereka membunuh puji dan hormat manusiawi itu pada luarannya. Mereka lakukan ini ada sebab dan musababnya. Kita perlu belajar menilai apa yang ada di dalam, segala perlakuan asma mahupun perbuatan mereka itu kita jangan ambil kisah, itu kita anggap rahsia mereka dengan Tuhan. Apa yang kita mahu adalah pengetahuan dan ilmu. Jadi dari segi positifnya saya rasa saya dapat menilai kehidupan ini seadilnya dan tidak terlalu menghukum.

Ada guru-guru yang mengamalkan banyak jalan dalam bab-bab usul ni. Ada yang membawa jalan ‘tapak Adam’. Ada yang bawa ‘sifir’. Ada yang bawa bab ‘benih’. Ada yang bawa jalan ‘hakikat insan’. Ada yang bawa jalan ‘wahdatul-wujud’ dan berbagai lagilah. Kalau kita nilai dari segi hukum sunnah waljamaah dan hukum syariat, memang berbezalah. Sebab ilmu usul bukannya ilmu hukum. Itu kita kena faham tentang asasnya. Seperkara lagi kalau tak kena gayanya kita boleh terputus wayar dalam, maknanya ‘gila isim’lah. Ha ha ha..

Cuma percayalah, jika kita mendalami dan cuba untuk mengenal hakikat itu sejujurnya ianya insyaallah akan menjadikan kita manusia yang lebih jujur pada diri, kerana mengenal diri itu bukanlah subjek yang hensem dan menunjuk-nunjuk melainkan kita kembalikan segala nikmat yang kita miliki itu kepada yang empunya hak. Kita hanya pemegang watak, itu saja. Kalau kita rasa kita hebat itu masalahlah bagi saya. Ha ha ha..Tak kira samada kita anak raja, Tun, Tan Sri, Datuk, segala pangkat, harta atau darjat yang kita miliki ini ada akhirnya. Dipenghujungnya kita hanya pulang dalam keadaan bertelanjang, dibalut dengan kain kapan. Walaupun kita sehebat Firaun, yang itu hanya jasad yang kaku, itu tidak laku melainkan hanya untuk mengindahkan panorama kita sahaja. Kebenarannya kita akan dibalut dengan kain kapan, disemadikan di dalam kubur, jasad kita akan reput manakala jiwa atau roh akan kembali kepada’Nya’. Dalam keadaan bagaimana itu bergantung sedalam mana perhubungan kita dengan’Nya. Kalau sekadar di pinggiran, setakat itulah sahaja. Kalau kita rasa Dia itu jauh di langit sana, susah nak capai..susahlah jadinya. Kalau kita kata kita takut untuk mengenalnya, gitulah jadinya..

Saya suka ilmu hakikat kerana jika kita memahaminya kita akan lebih adil kepada diri kita sendiri, kita tidak akan menjadi manusia yang tamak, takbur dan sebagainya. Kita akan lebih menerima segala cerita baik dan buruk yang telah diperuntukkan untuk kita.

Sehingga hari ini saya masih lagi manusia, masih makan minum dan sebagainya..

Sailing heart-ships
thru broken harbors
Out on the waves in the night
Still the searcher
must ride the dark horse
Racing alone in his fright.
Tell me why, tell me why

Is it hard to make
arrangements with yourself,
When you’re old enough to repay
but young enough to sell?

Tell me lies later,
come and see me
I’ll be around for a while.
I am lonely but you can free me
All in the way that you smile
Tell me why, tell me why

Is it hard to make
arrangements with yourself,
When you’re old enough to repay
but young enough to sell?

Tell me why, tell me why
Tell me why, tell me why

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.